Monday 12 September 2016

Resepi Nasi Tomato & Ayam Masak Merah


Assalamualaikum semua dah lama saya tak share resepikan. Bukan apa adat la bila tukar jabatan semua kerja dan jadual jadi lain. Saya dah jarang layan Blog sebab takde masa. Bila cuti ada je benda lain yang nak dibuat..hrmm

Masak2 pun dah kurang tapi ntah raya Aidiladha ritu last2 minit suami pula tetiba cakap nak makan nasi tomato. Agak bertahun juga saya tak masak nasi tomato ni. Mula la terkial2 cari resepi, suami pula tak habis2 menyakat boh itu boh ini .. haihh geram pulak dibuatnya .... Sampai tak tidur malam dibuatnya (saya ni jenis mudah runsing) 

Agak2nya sampai terbawa2 dalam tidur, akhirnya Allah sampaikan dalam mimpi resepi tu..Alhamdulillah ni la dia resepi yang saya kira sedap dan memang laku kat rumah la kalau buat niaga tak tahu le orang beli ke idok ye ..

Ayam Masak Merah

Bahan-bahan

1 ekor ayam (saya beli ayam yang sederhana besar je sebab mahal)
4 sudu besar tomato sos kimball
4 sudu besar sos cili
1 sudu makan sos tiram
3/4 cawan air
1/2 cawan kacang peas
Garam & gula
Minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar

1/2 cawan cili kisar
2 ibujari lengkuas
3-4 biji bawang besar (tengok saiz bawang)
6 ulas bawang putih
* kisar kesemuanya kecuali cili

Cara-cara nak buat

1. Ayam tu saya suruh potong 16 pastu balik rumah bersih dan bedak2kan ayam tu dengan kunyit dan garam. Selepas tu goreng separuh masak dan ketepikan kejab.

2. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar macam bawang2 dan lengkuas. Tumis sampai air bawang tadi tu agak2 kering pastu baru masukkan cili kisar dan masakkan dengan api perlahan ye.

3.  Bila dah pecah minyak masukkan adik beradik sos dan tomato sos. kacau sampai sekata pastu masukkan ayam goreng. Gaul habis ayam tu kemudian masukkan air.

4. Perasakan dengan garam, gula dan masak sampai kuah tu agak pekat.

5. Last sekali taburkan kacang peas ..... peace yall!


Nasi Tomato

3 cawan beras - bersihkan & tos (kalau nak masak pagi, sebelah malam saya buat)
5 cawan air
2-3 sudu besar tomato puree Duchef
2 helai daun pandan
1 sudu teh garam (pandai2 la agak nanti tak berasa pulak nasi tu hihihi)

Bahan- bahan untuk tumis

1 sudu besar mentega (saya tak guna Gee sebab nanti sakit kepala)
2 sudu besar minyak masak
kayu manis (apa nak cakap ye .. ambil yg kecik je)
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

Bahan-bahan kisar atau tumbuk

1 biji bawang besar - racik2 halus atau potong dadu
1 ulas bawang putih - yang ulasnya gemok2 tu
3 biji bawang merah
1/2 inci halia

Cara-cara nak buat

Nak bagi tahu saya ni jenis orang yang suka masak cara manual guna periuk dan masak atas dapur. Saya tak guna rice cooker sebab bila masak atas dapur ni lebih cepat.

1. Dalam periuk satukan minyak dan mentega. Pastu tumiskan segala bunga dan kayu manis sampai wangi.

2. Bila satu rumah dah wangi masukkan bahan kisar dan masak sampai keluar bau2 bawang pula. Waktu ni boleh la masukkan bawang besar dan masak sampai kelayuan.

3. Perlahan kan api dan tuangkan tomato puri. kacau dan masak sampai mendidih. Dengan aksi perlahan masukkan la beras dan gaul kesemuanya lebih kurang 2 minit gitu.

4. Air, garam dengan daun pandan korang jangan lupa.

5. Selalunya kalau masak atas dapur ni waktu dah boh semua bahan2 saya akan kuatkan abis api dan masak sampai dengar bunyi kekeringan, baru saya kecilkan api dan biarkan masak dalam 5 minit lagi. Insyaallah jadi dan sedap!

Kalau macam tebiba rajin tu nak tabur kismin dan kacang gajus panggang pun boleh. Ritu saya tak buat sebab tak hingat....boleh tahan juga suami saya menjeling.

Selamat mencuba ... love you!

Resepi Bibimbap  Klik sini Assalam kawan-kawan Bila dah buat Bibimbap ramai pula yang menanyakan resepi Kimchi...