Wednesday 25 January 2017

Cuba la Resepi Kimchi Saya yang simple ni


Resepi Bibimbap Klik sini

Assalam kawan-kawan

Bila dah buat Bibimbap ramai pula yang menanyakan resepi Kimchi. Baik lah disini saya sharekan resepi yang saya kira mudah, senang dan sedap sangat (perasan)

Ada sesetengah bahan-bahan ni saya beli di Mini Market Korea dekat Ampang Hilir. Saya ambil kesempatan la borak-borak dengan casher korea tu cara yang betul nak buat kimchi .. tapi tu lah macam ayam dan itik rasanya..

Kalau ada rasa lain macam tu minta maap la ye hihihi

Ada sesiapa yang berminat nak gunakan resepi saya untuk berniaga !!..saya persilakan. Kalau ada orang korea yang order (kira dah berjaya la tu) jangan lupa saya ye hihihi
 
Step pertama, belah 2 kobis dan potongkan kepada kepingan selebar 2 cm dan panjangnya lebih kurang 6 cm. Dah siap, masukkan kedalam mangkuk besar.

Kemudian bancuhkan campurkan 1 1/2 cawan air bersih dan 5 sudu besar garam. Setelah tu curahkan kedalam mangkuk berisi kobis tadi dan biarkan selama 10 minit atau 1/2 jam. Proses ni untuk lembutkan dan supaya kobis tu kenyal kot!

Sekarang ni pula bahan-bahan untuk paste kimchi. Sukatan saya ni untuk kobis yang sederhana besar tau.
Didalam mangkuk berasingan isikan :

4-5 sudu makan Serbuk Cili Gochugaru
1 biji Fuji Apple atau Pear
1-2 Sudu makan Gula Pasir
4-5 sudu makan Sos Ikan
8 ulas Bawang Putih di cincang halus (boleh dikurangkan)
1 cm Halia di cincang halus
1 biji Cili Merah
3-4 Helai Daun Bawang
Sedikit Bijan

* Apple Fuji atau Pear dan Daun Bawang tu di potong memanjang ala-ala batang mancis.

Jom kita buat kimchi :

1. Setelah kobis tadi mengecut, cuci bersih seelok-eloknya 2-3 kali dan toskan betul-betul airnya. Waktu ni kita boleh lah koyakkan sedikit kobis tu untuk rasa masinnya.

2. Senang saje, lepas siapkan bahan paste tu kita gaulkan kesemuanya. Jangan lupa rasa sedikit dulu ye, biar sesuai dengan selera kita. Kimchi ni sepatutnya ada rasa masin, pedas dan manis. Kalau sukatan saya tu agak pedas boleh kurangkan tau.
3. Kemudian boleh la dilumurkan pada kobis tadi sehingga rata. Saya guna sarung tangan transparent ni sebab nakkan ianya betul-betul rasa pada kobis tu. Urut tu pula biar perlahan-lahan takut terkoyak pulak hihihi
4. Bila dah puashati dengan hasil Gomoi tadi kita penuhkan bekas bersih dan tutup rapat-rapat supaya tidak terdedah pada udara. Saya biarkan sebentar bekas ni di luar kemudian simpan ke dalam peti sejuk.

Resepi saya ni dah boleh dimakan terus. Tapi kalau kita simpan 2-3 hari sehingga airnya keluar lagi sedap.

Stori sikit

Waktu belajar buat benda alah ni dekat korea hari tu resepi cikgu putih gebu tu lain pulak. Saya tak ingat sukatan dia tapi bahan-bahannya memang tak sama.
Bahan-bahan lain
(Kobis Napa korea selalunya gemuk-gemuk berbeza dengan kobis cina)
Garam, air, lobak putih, daun bawang, bawang putih cincang,
serbuk cili Gochugaru, gula, bijan, sos ikan, 
cencaluk korea atau Saeujeot
bancuhan tepung beras atau Chanpssalgaru

Caranya lebih kurang sama dan cikgu tu pesan kimchi ni boleh dimakan selepas 3 hari. Jadi lepas 3 hari (waktu tu saya dah balik Malaysia) saya pun try makan. Memang tahan lama dan sedap.

Untuk peminat setia kimchi saya minta maaf la kalau-kalau resepi ni tak sedap seperti yang diharapkan tau. Nanti kalau ada masa kita try resepi korea lain pula.

Kalau ye pun sedap sangat kimchi hakak ni, jangan la buat muka camni dek ..

Saranghae...Love you

Resepi Bibimbap  Klik sini Assalam kawan-kawan Bila dah buat Bibimbap ramai pula yang menanyakan resepi Kimchi...