Monday 23 July 2018

Sup Ayam Cendawan Shitake & Cendawan Telinga Kera

Assalamualaikum semua

Kali ni saya nak share resepi sup ayam cendawan yang dimakan dengan spaghetti.
Kelmarin tempat kerja saya ada buat jamuan hari raya dan kami diminta bawa potluck. Dalam banyak-banyak hidangan tu ada sup ayam cendawan...paham saje lah kalau masak untuk family lain dengan masak untuk kawan-kawan. Bukan tak sedap tapi rencahnya seperti ayam dan cendawan memang sedikit. Apa orang kata..janji bawa!

Saya memang tak pernah makan pun sup seperti ni tapi rasa tertarik nak buat sendiri jadi seperti biasa saya goggle lah. Resepi ni saya tambah kurang mana yang perlu dan Insyaallah sedap kot hihihihi 

Jom kita lihat bahan-bahannya
Saya beli ayam sebelah saje - dibersihkan dan potong kecil
5 atau lebih cendawan shitake kering dan cendawan telinga kera - direndam hingga lembut atau semalaman kemudian bersihkan dan potong ikut stail masing-masing.
Sedikit halia - ditumbuk kasar 
Bahan kisar atau cincang halus

6 ulas bawang merah 
10 ulas bawang putih (kalau ulas tu besar2 kurangkan)

Bahan-bahan lain 

2 sudu makan minyak bijan
1 sudu besar minyak zaiton atau minyak masak
Air bersih secukupnya 
1/2 Kiub ayam
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan minyak bijan
Sedikit serbuk Black paper (Jika mahu Pedas)
Garam dan gula secukup rasa

Cara-Cara
Dengan api sederhana panaskan periuk dan masukkan sedikit minyak zaitun dan minyak bijan. (Guna api sederhana sebab takut minyak tu hangit) kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis sehingga garing.
Setelah itu masukkan ayam. Gaulkan dan masak selama 5 minit. Kemudian masukkan cendawan dan air. Gaul dan renihkan sehingga mendidih.
Masukkan kiub ayam, kicap pekat, serbuk black paper dan minyak bijan. Masak lagi sehingga ayam empuk.

Sebelum tutup api perasakan dengan garam dan gula. 

Sedap juga dimakan dengan nasi putih atau mee spaghetti. Kalau ada yang kurang boleh la tambah itu ini ye..Untuk sukatan air tu saya main agak je sebab 'lauk-lauk' dalam sup ni banyak berbeza dari potluck hari tu. 

Selamat mencuba...Love you!

Tuesday 12 June 2018

Resepi Butter Chicken


Assalam kesayangan semua
saya nak share resepi ni sebab saya try buat bulan puasa hari tu dan suami kata sedap (memanjang sedap ye!)

Resepi ni simple je budak-budak pun boleh buat
Jom kita tengok bahan-bahan dia

Butter Chicken

Isi ayam dibersihkan dan dipotong cube
½ sudu kecil serbuk kunyit
½ sudu kecil serbuk kari daging
2-3 sudu makan tepung jagung
Sedikit garam

Gaul dan perap seketika kemudian goreng hingga garing.
Didalam kuali pan panaskan

Butter (butter ni dibahagikan kepada 3 potongan dan saya gunakan sepotong atau ikut berapa banyak isi ayam goreng tu)

Setelah butter tu mencair masukkan

2-3 ulas bawang putih yang telah dicincang bersama daun kari.
Apabila bawang putih sudah kekuningan masukkan
½ tin susu cair, ayam yang telah digoreng dan sekeping cheese.
Akhir sekali taburkan hirisan cili padi.
Masak seketika suaikan rasa dan tutup api.

Ya Allah sedapnya kalau makan dengan nasi panas dan ulam Zucchini atau timun zukini.

Selamat mencuba !!

Sunday 14 January 2018

Siput Sedut Masak Lemat Cili Api

Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

Dah lama saya tak masak siput sedut ni. Bukan apa bab nak potong hujung siput tu!..saya ni mudah kesian. Kalau suami takda memang tak masak lah. Selain siput saya takut nak siang ketam sebab bila nak buang bahagian tengah tu rasa macam kaki lipas!

Hari tu kami keluar awal pergi pasar tani melawati nak cari siput tapi takda. Jadi suami saya gigih pergi cari di pasar Chow Kit. Sekilo RM13.00 ok lah dan saiz-saiz siput tu pun besar-besar juga.

Resepi saya ni biasa-biasa aje..saya update untuk diri sendiri dan pada siapa yang baru nak cuba masak.

Bahan-bahan

1 kg Siput sedut
4-6 ulas Bawang merah
3 ulas Bawang putih
Kunyit hidup sebesar ibujari
Sedikit Halia
10-15 biji Cili Padi
2 batang Serai
Santan dari 1 biji Kelapa (selalunya saya perah sendiri dan paras air dia lebih kurang jug blander tu)

Jom kita masak

a) Bersihkan siput dari pasir dan lumpur kemudian rendam dalam air bersih

b) Potong bahagian hujung siput dan bersihkan lagi. Dulu-dulu saya guna kacip pinang arwah mak. Bila pindah hari tu saya tak tahu letak mana, tu yang guna pliers hihihi 
 
Saya beli dekat D.I.Y
c) Kisar segala bawang, kunyit hidup, halia dan cili padi. Serai pula diketuk-ketuk sahaja manakala daun kunyit diracik.

d) Dalam periuk panaskan sedikit minyak dan tumis sebentar bahan-bahan kisar dan serai atau sehingga harum.

e) Bila dah harum baru masukkan santan dan masak seketika dengan api sederhana.
f) Kemudian masukkan siput dan daun kunyit. Masak sehingga kuah mendidih dan pekat. Jangan lupa perasakan dengan garam dan gula tau.

Selain siput sedut saya buat sambal belacan ulam timun dan telur dadar kosong sahaja.

Simplekan

Selamat mencuba…love you!

Thursday 11 January 2018

Krabi Sept 2017

Cuti-cuti 4D3N ke KRABI 29 September 2017

Kisah cuti saya dan suami ke Krabi, Thailand. Selalunya bab-bab cuti ke Oversea ni saya serah bulat-bulat pada member tapi kali ni saya nak try sendiri tapi melalui agensi. Disebabkan sebuk bekerja saya plan cuti ni bulan September. Fikir saya selalunya musim hujan hujung tahun kan!!

Pakej travel agensi ni tersangat murah satu kepala RM559.00. Kenapa murah..sebab naik ETS! Dan kalau murah sure kita travel dengan group yang ramaikan. Takpe lah kita gamble je!

Itinari Agensi

Hari Pertama

6.15am - berkumpul depan McD KL Sentral
6.45am – waktu ETS bergerak menuju ke Padang Besar.

Malam tu punya la excited bercampur takut..kalau boleh tak mahu tidur.
Sebelum ni kami banyak berurusan melalui wassup jadi awal-awal lagi wakil agensi dah pesan tunggu depat McD dan kami nyaris-nyaris kena tinggal sebab menonong ikut group dari agensi lain…boleh!.
Nasib tak terlepas!
Lagi satu yang tak bestnya kami dapat seat terbalik dan aircondnya pula sejuk gila. Bayangkan 6 jam perjalanan…pening weii.
Makanan dalam ets ni boleh tahan harganya sebekas meehoon goreng yang tak berapa nak sedap dalam RM8.00 dan air panas kopi/cokelat lebih kurang RM3+. Takpe lah sekali-sekali…
Dalam melayan view terbalik tu kami lihat cuaca di negeri utara Perak dah mula mendung. Tunggu masa nak hujan je dan bila masuk negeri Kedah..Phee.. hujan selebat-lebatnya memanjang sampai ke Perlis. Memang tak best.


12.00pm - Sampai di sempadan Padang Besar.

Sepatut tiba pukul 12.00 tengahari tapi lewat hampir 45 minit sebab hujan. Dekat stesen sempadan kami disambut tour guide..seorang lelaki melayu tinggi kurus berjambang dengan suara sedikit tenggelam timbul, namanya Musa.
Sampai dah
Bukan senang ye nak masuk negara orang lebih-lebih lagi bila mengadap pegawai imegresen negara luar. Selalunya bila bercuti dengan kawan semua benda mereka yang settelkan termasuk mengisi borang putih (borang imegressen) tapi time ni budak musa tu tak cakap apa-apa pun.
Saya sekali lagi menonong ikut aje peserta lain.

Cuma musa ni pesan kalau pegawai tu tanya macam2 bagi saje duit RM2. Yela tu…nasib ada orang Malaysia (bukan dari group ni) yang tolong dan mula saat ni lah kami semua dah mula bosan dengan travel agnesi ni.
 
Dekat imegresen Sempadan Padang Besar

1.00pm - Bertolak ke Aonang, Krabi. Akan berhenti rehat di RNR Trang untuk makan tengahari.

Memang lah pakej ni murah dan tiga van yang pihak agensi sediakan sangat tak selesa langsung. Kenapa tak disewakan bas saje dari sempadan ke Krabi? Dah sampai Krabi time berjalan tu baru naik van.
Tersangatlah seksanya perjalanan ni, kami terpaksa berhimpit dengan beg-beg boleh tahan besar dari peserta lain selama hampir 8 jam (walaupun ada berhenti rehat dan makan) sebab cuaca disana pun hujan juga. Plus dengan driver van yang tidak reti berbahasa inggeris atau bahasa melayu. Tension sungguh!

Waktu ni mula saya terbayang macam-macam. Yang sedihnya trip ni saya belanja suami sebab nak dia berihat dan jalan-jalan dekat negara orang. Selama ni kalau saya ajak dia tak mahu tapi kali ni dia jadi ikut sebab saya buat plan mengejut. Tu yang saya risau tapi syukur alhamdulillah dia enjoy sikit pun tak merungut!

Kami tiba di Aonang hampir jam 9 malam (kalau ikut jadual tiba jam 6 petang)

Hari Kedua
8.15am hingga 8.45am - Van akan bawa kami ke pantai untuk aktiviti Island Hopping.
Alhamdulillah hotel kami dekat dengan kedai makan orang melayu islam jalan kaki 5 minit je. Sedap-sedap juga makanan disini atau sebab kami lapar hihihi..menu dia bertukar-tukar tapi yang saya nampak hari tu mereka ada nasi kerabu, nasi berlauk, nasi lemak dan roti canai. 

Dan pagi ni rata-rata kami borak pasal kejadian semalam memang ramai yang tak puas hati. Takpa lah kalau asyik fikir negatif je..rugi pula duit!
Jarak hotel ke pantai tak jauh mana tapi bila lihat langit…masyaallah, mendung kau! Tapi suami saya pula dah tak sabar nak naik bot kayu siap terjoget-joget lagi sikit pun tak merungut..Allah hu!

Pulau pertama adalah pulau ayam. Ingat apa tadi rupanya ada satu batu berupa kepala dan leher ayam kalau dilihat dari jauh. Kami berhenti dan mandi-mandi kejab kat pulau ni.
Kemudian bot bawa kami ke tempat snorkeling pula. Alahai hujan turun lebat gila la pulak, belum terjun tapi dah basah kuyup hihihi
dan bila hujan berhenti apa lagi masing-masing melompat ke laut termasuk suami saya.
Kami enjoy sangat saat-saat tu dari satu pulau ke satu pulau kami redahkan aje…hujan pun hujan lah
Jam 4.30pm kami balik kehotel. Ingat nak rehat-rehat tapi suami ajak pergi makan pula dekat restoran Bangboo Halal Seafood yang tak jauh dari guest house kami lebih kurang 10 minit berjalan kaki.

Hari Ketiga
8.15am hingga 8.45am - Van akan bawa kami jalan-jalan ke dua-tiga tempat.

Alhamdulillah hari ni lepas sarapan tempat pertama yang kami singgah adalah Emerald Pool and Hotspring. Dari dalam van yang ada wifi ni kami lihat cuaca memang mendung.

Emerald Pool and Hotspring

Apa yang best sangat tempat ni…rupanya nak ke pool ni kita kena redah belukar yang cantik dulu dan jauhnya lebih kurang 15 – 20 minit berjalan kaki. Dengar-dengar ada lagi kolam yang cantik, tapi nun jauh lagi..tak larat weii!
Disebab group kami antara yang terawal jadi boleh la kami mandi sakan dekat kolam ni termasuk suami saya. Dia ni sejenis yang suka laut dan kolam jadi perkara-perkara lain macam hujan ke, tour guide yang hancus ke, van yang sempit ke…dia buang jauh-jauh!

Elephant trekking

Lebih kurang 1 jam lebih kami pun gerak ke lokasi seterusnya Elephant trekking. Tapi nak kesitu hujan turun lebat dan waktu ni juga la musa buat perangai. Dia boleh tak tahu nak buat keputusan samada nak batalkan atau nak teruskan. Sebab selain elephant trekking ni ada lagi tempat-tempat yang kami kena pergi…Krabi city tour (Black crab/Nok awk/Gastropod shell fossil/ 7 heaven)
 
Akhirnya bila kami start merungut dia pun terus ke Elephant trekking. Mula-mula tu kamel tak mahu naik..mati-mati dia tak nak. Puas dipujuk akhirnya dia mengalah dan nak naik gajah ni pula kami kena bayar seorang dlm 450 baht. Walaupun pusingnya dekat-dekat situ juga lebih kurang 15 minit tapi seronok.

Krabi city tour

Disebabkan cuaca memang tak elok hari ni kami hanya dibawa jalan-jalan ke 7 Heaven saje. Lain kali kalau bercadang nak ke Krabi korang skip tempat alah ni sebab tempat ni serupa macam tempat karnival terbiar.  

Dan sebelum balik ke hotel kami singgah makan sambil beli ole-ole dekat Krabi town night market.

Hari Keempat
7.00am hingga 8.am – Check out dari hotel menuju ke Hatyai

Disebabkan van yang disediakan muat-muat 12 orang plus dengan beg yang makin bertambah, perjalanan balik kami jadi tension semula. Nak susun beg-beg dan peserta pun makan masa. Jadinya kami sampai di Hatyai lewat dan masa kami memang terhad.

Floating market
Kami tiba jam 2.30 petang dan masa yang diberikan hanya 1-2 jam saje manakala Floating market pula start pukul 3. Kami tak dibawa langsung ke Plaza market, Lee Garden Plaza seperti yang dijanjikan. Sedar-sedar tour guide kami hilang entah kemana, dia boleh tinggalkan kami dengan driver van aje .. gila kau!

Kat floating market ni banyak jual makanan-makanan mereka. Kami try makan kuew teaw sup (sedap) dan Khanom krok sejenis pancake kelapa yang berinti tiram…ya Allah sedap sangat!
Selain makanan atas bot kami try juga beli yang hok atas pasar seperti pulut manga dan seafood goreng. Hok baby crab ni keras tapi ranggup sampai luka-luka gusi saya hihihihi
Kesian pada peserta lain yang nak shopping barang-barang murah tu.. memang frust la sebab tak dibawa kesana. 
Jam 4 lebih kami gerak ke imegresen padang besar.
 
Nak dijadikan cerita, hari tu pula ETS mengalami masalah. Jadi perjalanan jadi lewat lah dan katanya ets akan berhenti setakat stesen Rawang sahaja. 
Pening-pening!
Dalam perjalanan tu suami saya pula tiba-tiba demam, siap muntah bagai. Sebabnya dia jenis tak tahan aircond dan mungkin makan macam-macam waktu dekat floating market tu.
Sesampai di rawang pihak ets telah sediakan bas untuk ke stesen Sungai buluh dan dari stesen ini kami naik pula komuter dan turun di stesen KL Sentral. 
Macam-macam ...

Kami sampai lewat pagi dan terus ke klinik 24 jam sebab tengok suami dah tak larat sangat. Alhamdulillah lepas setengah hari tidur, dia ok.
Saya baca komen-komen dalam group wassup dan hampir kesemuanya luahkan rasa tidak puas hati pada wakil travel agensi tersebut.

Nilah dia nak merasa sangat bercuti sendiri dan dapat pula syarikat travel yang kelaut dan rata-rata pekerjanya budak-budak. Dan for sure kita tak tahu perancangan Allah yang mana Dia turunkan hujan awal dari selalu. 

Insyaallah mungkin saya pergi semula tapi dengan member2 yang biasa tu. Kena tahan telinga juga la kena perli dengan mereka hihihihihi

Terima kasih ye baca catatan saya ni...I love you!



Resepi Bibimbap  Klik sini Assalam kawan-kawan Bila dah buat Bibimbap ramai pula yang menanyakan resepi Kimchi...