Wednesday 23 October 2013

Resepi Daging Hitam / Kicap Kakak Iparku

Asalam kawan2

Hari ni saya nak share satu resepi berasaskan daging yang direka oleh kakak ipar saya. Selain dari share resepi ni dengan korang semua 'share mengeshare' ni pun sebenarnya elok untuk orang-orang yang pelupa macam saya. Resepi dan cara nak masak daging ni pun sempoi .. mudah sangat. Kamel yang sekali2 turun dapur tu pun dah terror sampaikan family dia ingat kamel yang masak... saya? ade le kecewa sikit (konon) :D
Jom kita tengok bahan kisar dulu

1/2 kilo bawang putih
(kalau ikut resepi saya..saya kurangkan 1 genggam, selalunya saya beli bawang putih yang sudah dikopek)
3-4 biji bawang besar
1 ketul lengkuas 
(sebesar penumbuk .. he3)
rm2.00 cili kering
(cili ni saya gunting & rebus kemudian bila tiba nak kisar saya cuma gunakan 3 genggam saje)
Mula2 dulu ternganga mulut ni bila terbaca kat kertas resepi tu. Mau taknye bawang putih yang bau busuk tu betul2 buat saya fikir 2 3 kali nak masak ke atau lupakan saje hasrat nak tunjuk pandai pada kakak ipar. Tapi bila terpandangkan muka kamel yang teringin benar saya try resepi kakak dia tu..maka dengan hati yang tak berape nak rela ni saya ikutkan aje.
Rupa2nye bawang putih itulah rahsia kenapa daging kicap ni sedap. Kalau ada yang cuba ngubah resepi ni sesedap rasa bermakna orang tu gedik!..he3. 

Bahan2 lain

1 kilo daging lembut ataupun daging batang pinang 
(potong nipis & kecil2 pastu rebus hingga daging tu lembut, tapis airnya sebab dalam resepi ni kita tak pakai air rebusan)
1/2 botol kicap kipas udang 
(ingat cap kipas udang bukan KDK atau apa2 kipas jenama dari Jepun)
3 sudu kicap pekat
2-3 sudu makan gula pasir 
(rasa manis ni terpulang pada selera korang)
3-4 sudu makan cuka
2-3 cawan minyak masak
1 btg kayu manis

Ok jom kita masak!

Step pertama kita kisar kesemua bahan kisar sehingga halus. Kalau boleh bila time nak kisar tu gunakan air secukupnya jangan terlalu banyak nanti ambil masa lama pulak bila nak menumis nanti.
Jadi ape lagi panaskan dulu kuali pastu baru masukkan minyak. Bila minyak mulai panas masukkan kayu manis. Lebih kurang seminit pastu korang masukkan bahan kisar tadi dan masak sampai pecah minyak. Waktu menumis ni korang kena layan perasaan sebabnya masak benda ni ambil masa sikit pastu yang tak tahannye sambal ni akan 'terbang2'.

Selalunya yang sukarela ambil tugas ni suami kesayangan saya la!.. pernah sekali tu cuaca agak panas dan kamel malas nak pakai t-shirt ataupun apron tiba2 saya terdengar 'auch!..minyak!...perut!'. Rupa2nye perut dia terkena percikan minyak tumisan.. he3
Tapi rasanye kalau nak guna cara camni pun boleh jugak tapi melampau la pulak ye!
* Moral dari story ni, lain kali kalau nak masuk dapur pakai elok2 bia comey sikit!

Step seterusnya bila tumisan dan bertukar warna boleh la kita masukkan kedua-dua kicap, cuka & gula. Kemudian masukkan daging yang telah direbus awal tadi dan masak lebih kurang 10-15 minit, suai rasa dan renehkan dalam 10 minit lagi. Tutup api...dah siap.
Daging kicap ni jadi Hidangan Wajib Family kamel dan selalunya kakak ipar saya masak waktu kenduri kawen atau sebagai lauk masak lodeh untuk dijamu pada hari raya. Kamel pula suka makan dengan roti putih. 
Kalau korang tak caya tanye la baby nie........Seedaapp!

So selamat mencuba!


Thursday 17 October 2013

Politik Pejabat Ancam Produktiviti


17/10/2013

Asalam semua... seperti biasa aktiviti lepas balik kerja selalunya saya akan lepak baca paper dulu baru ngemas umah. Cek suami dah paham beno perangai saya ni.

Selak punya selak saya terbaca artikel ni. Memang pedas sehingga menjilat jari!




Perkara ni saya rasa memang terjadi kat mana-mana office samada dipejabat kerajaan mahupun syarikat swasta.

Monday 19 August 2013

Resepi Mee Udang Riverdale


Bersusun ajekan udang-udang tu...
Seingat saya bulan April 2010 waktu tu saya outstation ke Tasek Gelugor.. adalah buat kerja sikit so lepas seharian bekerja staf kawasan belanja makan mee udang kat Sungai Dua. Masa tu tak tau pun seafoodnya fresh & udang-udang pun king size, bayangkan bila hidangan sampai aje kat meja saya tak terkata..terkejut! itu baru mee udang, tak tengok lagi Nasi Goreng Udang!

So lepas dari kejadian tu seperti biasa balik aje ke KL saya survey le kat internet. Resepi saya ni takde sambal kalau yang ada sambal tu sure lagi best. Sebab seingat saya lagi waktu budak-budak dulu saya rajin makan mee udang di food court The Weld, jalan Bukit Bintang. Tapi sekarang food court tu dah ditutup, kosong dan tempat yang dulunya gah dengan orang-orang kaya kini lesu aje.

Baik la kalau korang teringin nak makan mee udang homemade cuba la resepi ringkas saya ni. 

MEE UDANG SAYA

Pertama kita cerita bab bahan-bahan kisar iya :

4-5 sudu makan cili kering yang telah kisar
2 sudu makan udang kering
4-6 biji bawang merah (ikut saiz bawang tu ye tuan/puan)
3 ulas bawang putih
1/2 cm halia

* Semua bahan ni kita kisar halus buat penumis nanti.

Bahan-bahan lainnya :

1 bungkus mee kuning
10 ekor Udang Kertas bersaiz besar 
4 sudu makan sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu makan sos ikan (orang kata kalau masak seafood sedap bubuh sos ni)
1 biji ubi keledek merah (yang sederhana cukup)

* Udang kertas ni sedap tapi harga dia boleh tahan so untuk yang berkira-kira budget tu udang putih biasa pun dah memadai janji pilih yang beso-beso + gebu-gebu tau.

* Keledek tu kupas kulitnya potong kecil-kecil dan rebus. Sewaktu kita nak kisar nanti tambahkan dengan sedikit air rebusan udang.

Bahan-bahan extra :

Sayur sawi, bawang goreng, cili merah potong dan daun sup & bawang.

* Terpulang korang la nak tambah apa dalam hiasan nanti janji hiasan tu boleh dimakan :D 


Cara-cara masak :

Step pertama kita jerang air dalam periuk lebih kurang 3-4 cawan. Sambil-sambil tu bersihkan udang, buang ekor dan misai dia yang panjang tu. Kepala udang tu jangan dibuang tau kita rebus sekali. Rebus udang tu jangan lama asal nampak dia timbul kita asingkan dan air rebusan tu nanti kita guna untuk step seterusnya.


Step seterusya kita tumis bahan-bahan kisar sehingga warnanya bertukar merah atau pecah minyak. Step ni ambil masa sikit tau rajin-rajin kacau takut hangit.


Step terakhir kita masukkan air rebusan udang, cili sos, tomato sos, sos ikan dan keledek. Waktu ni korang boleh la rasa mana yang tak cukup tu pandai-pandai la korang tambah dan garam jangan lupa!

* Ada sesetengah resepi yang saya survey mereka ada masukkan petis tapi suami saya tak suka.

Dah pun siap senangkan nak buat kuah mee udang ni. So bila tiba masa nak hidang nanti jangan lupa pula celur dulu sayur sawi tu dan atur la ikut selera korang.

Kat bawah ni saya share lagi picture Mee Udang favorites saya supaya korang termimpi-mimpi + berebut-rebut nak buat saya jadi makcik korang!



Jangan marah Takuya Kimura pun suke tau!


Monday 17 June 2013

Resepi Mee Kari Daun Kesom


Resepi ni saya dapat dari sahabat lama, sahabat sewaktu di SMPW K. Lumpur. Cerita sahabat ni yang biase dipanggil Mem Besar dalam facebook, dia pun dapat dari seorang peniaga berbangsa cina. Aso tu beritahu untuk dapatkan kuah mee kari yang sedap mesti masukkan daun kesom!.. "Ooo tu yang buat magik", kata Mem Besar dan resepi ni tak menggunakan isi kerang tapi boleh diubah ikut selera anda. Jom kita cuba resepi mee kari ni..

Bahan-bahan (Hidangan untuk 2-4 orang)

Untuk tumis wangi
1 batang Kulit kayu manis
2-3 biji bunga lawang

Bahan untuk blender
1 s/mkn Udang kering
2 ulas Bawang putih
Sebiji Bawang Besar (yang sedang)
Sedikit Belacan lebih kurang besar ibujari
1 batang Serai
3 s/mkn Cili blender

Yang lain-lain
3 paket Rempah kari ikan Babas
1 1/2 atau 2 biji kelapa untuk 2 mangkuk Santan
2 cawan Air rebusan Udang
2 biji ubi Keledek (bersihkan, kupas, potong, rebus dan lenyekkan)
Udang basah - Ikut rezeki masing2 kalau mampu beli la udang besar2 :D
4-6 tangkai Daun Kesom 
7-8 helai Daun kari
1/2 atau 1 cawan minyak masak

Ekstra dan terpulang
Tauhu goreng
Fish cake
Kacang panjang
Bawang goreng
Limau kasturi
Telur ayam rebus

Cara :

Selalunya lepas aje balik dari pasar tani Taman Melawati saya akan siang udang kemudian saya rebuskan kulit-kulit udang tu dengan 3 cawan air hingga mendidih, tutup api. Bila dah sejuk tapis dan simpan air rebusan tersebut.

Steps seterusnya saya akan siapkan bahan-bahan untuk dikisar. Setelah dikisar, ketepikan dan seterusnya saya akan bancuhkan serbuk kari untuk dijadikan pes. Siap kesemua bahan saya akan mulakan dengan menumiskan kulit kayu manis dan bunga lawang bila berbau harum saya teruskan dengan memasukkan bahan-bahan kisar. Masak dengan api sederhana kemudian masukkan pes kari dan masak sehingga terbit minyak, waktu ini boleh la dimasukkan daun kari.

Steps berikut bila tumisan tadi nampak cantik masukkan air rebusan udang, santan dan keledek lenyek tadi. Masak kuah kari ini sehingga mendidih dan masukkan daun kesom, tauhu goreng dan fish cake. 
Akhir sekali saya akan masukkan udang dan masak seketika, suai rasa dan tutup api.

Sempoi ajekan resepi ni so korang boleh la cuba. Bahan-bahan lain seperti kacang panjang tu saya rebus asing begitu juga dengan telur. Ada juga yang makan bersama taugeh, sayur sawi dan isi ayam ikut masing-masing punya idea dan selera.

So lepas makan relax jab pastu mintak tolong dengan si belang urut2kan belakang badan .. kasi sendawa sikit.

Selamat mencuba kawan-kawan!..muah!

Saturday 6 April 2013

Cuba la resepi Bibimbap saya ni!

안녕하세

Annyeonghaseyo

Bibimbap merupakan makanan rasmi bagi rakyat Korea. Macam kita sure la Nasi Lemak lauk ayam, sambal sotong dan telur rebus. Maksud bibimbap ni pula Nasi Campur. Nasi putih dicampur dengan pelbagai lauk seperti Namul iaitu sajian sayuran, daging lembu, telur mata dan dimakan bersama sos Gochujang. Selalunya sajian ni disusun cantik dan bila time makan pula kesemua benda-benda yang saya sebut tu digaul sekali. 

Saya mula tertarik nak buat bibimbap ni lepas layan drama korea Full House. Siapa tak kenal Song Hye-Kyo dan Rain. Part Yeong-Jae (Rain) dengan lahap makan nasi campur tu buat saya terliur.

Salah satu adegan menarik
Dalam episod ke ke 7 Lee Yeong-jae (Rain) pulang lewat selepas keluar dating dengan Kang Hye-won. Waktu ini dia terpandangkan Han Ji-eun (Song Hye-kyo) duduk didapur sambil menikmati semangkuk makanan (bibimbap). Dia yang sememangnya suka "mendera" terus sahaja menyakat dan menyamakan bibimbap seperti "makanan Scoobydoo". 
Dalam satu babak lain pula, Han Ji pula keluar berjumpa dengan nenek Yeong-jae dan terlupa untuk sediakan makan malam. Sudahnya Yeong-jae selongkar peti sejuk dan lihat ada sedikit makanan (bibimbap) yang ditinggalkan Han Ji. Mungkin sudah terlalu lapar tanpa berfikir panjang dia terus makan dengan gelojohnya.
Waktu tu juga lah tiba-tiba si Han Ji pulang..Apa lagi tersedak dan tercekek la si Yeong-jae hihihihi
Sambil mengurut-ngurut lengan Yeong-jae yang panjang tu sempat la juga Han Ji menyindir "Makan juga makanan Scoobydoo tu ye"
Disebabkan nak sangat tahu apa yang dimakan oleh Yeong-jae, saya gigih menGoogle resepi bibimbap ni dan akhirnya terhasillah resepi yang saya kira mudah, guarantee sedap & perut pun kenyang. Selalunya jika makan di restoran-restoran Korea mereka akan hidangkan bersama dengan Kimchi.
Kat sini saya sharekan resepi kimchi 
 klik sini

Bahan-bahan untuk 3-4 hidangan

1 ikat Sayur Bayam
1 cawan Daging batang pinang
1 cawan Karot
2 cawan Cendawan Shitake
1 Cendawan Enokitake
Minyak bijan
1 ulas Bawang putih (dicincang halus)
1 sudu makan Kicap soya
1/2 sudu makan Kicap pelat 
1 sudu makan Bijan pangggang
3 biji Telur
minyak untuk menggoreng
garam & gula
Ketulan ais

Jom follow step by step
Sayur bayam :
Jerang air bersama dengan sedikit garam. Sementara menunggu tu kita siang dan bersihkan sayur bayam dari pasir-pasir yang melekat. Kemudian apabila air sudah mendidih masukkan sayur dan masak seketika. Setelah itu toskan dan alih ke dalam mangkuk berisi air dan ketulan ais.

Selepas seketika ambil sayur tadi, genggam dan perahkan airnya perlahan-lahan. Didalam mangkuk bersih, gaulkan sayur bayam ni dengan sedikit minyak bijan dan ketepikan.

Cendawan Enoki :
Step ni lebih kurang sama dengan step sayur bayam di atas cuma hujung cendawan yang perlu dipotong.

Karot :
Bersihkan dan kupas kulitnya. Karot ini dipotong kepada 3 dan dihiris nipis. Panaskan kuali pan dengan sedikit minyak, goreng sehingga lembut. Ketepikan.

Daging :
Daging yang sudah dibersihkan hendaklah dipotong kecil dan nipis. Kemudian digaulkan bersama kicap soya, kicap pekat, bawang putih dan sedikit garam. Perapkan daging ni dan simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit.

Setelah 30 minit panaskan kuali pan bersama sedikit minyak dan goreng daging sehingga masak. Ketepikan. Saya potong daging ni nipis dan lebar-lebar tapi terpulang pada selera masing-masing. nak gunakan daging hancur pun boleh kot hihihi

Cendawan Shitake :
Bersihkan dan potong cendawan. Kemudian panaskan kuali pan dengan sedikit minyak dan goreng seketika. 

Telur Mata : 

Telur sedap jika di goreng separuh masak. Biar kuningnya lembek jadi bila kita makan terasa lah moist pada bibimbap tu nanti.

Step akhir :

Isikan nasi putih (saya guna beras biasa) ke dalam mangkuk favorites dan susun kesemua masakan tadi mengikut kreativiti. Sudukan sos Gochujang dan jangan lupa titiskan sedikit minyak bijan dan bijan panggang...siap dah boleh makan.

Sos Gochujang ni boleh didapati di supermarket atau di mini market korea sekitar Ampang hilir. Atau boleh dibuat sendiri juga ....

Resepi sos gochujang homemade
(1)

4 sudu makan Tauchu
1 sudu teh serbuk cili babas
1 sudu makan gula
sedikit minyak bijan & air

Cuci dan bersihkan tauchu (manja-manja je tau) dan dengan menggunakan tapis santan, lumat-lumatkan tauchu tersebut sehingga halus. Setelah itu gaulkan tauchu bersama serbuk cili, gula, minyak bijan.

Resepi sos gochujang homemade
(2)

1 sudu makan tepung beras
2 sudu makan air putih
(Satukan dua bahan ini ke dalam bekas microwave kemudian tutup dengan plastik wrap dan panaskan sehingga 15 minit. Keluarkan dan kacau sehingga menjadi jadi paste)
Kemudian gaulkan 1-2 sudu makan Serbuk cili Gochugaru
1-2 sudu makan gula pasir, 1 1/2 sudu teh kicap soya, sedikit garam

Nota : Sukatan ikut selera masing-masing ye

Resepi sos gochujang homemade
(3)
Ada juga resepi yang saya google mereka cuma campurkan cili sos dan mayonnaise saje. Emm..yang ni saya belum cuba lagi.

Saya terbaca tentang topik sos cili Cochujang halal dan non halal yang terjual dipasaran Malaysia. Dalam forum tu mereka bincangkan tentang ramuan di dalam sos tersebut. Diantara komen-komen tersebut saya tertarik dengan komen yang ini :
Diantara sos cili Gochujang yang terdapat dipasaran. Tapi jika was-was tak perlu lah beli.
Atau boleh saje kita order barang-barang Ommason ni di Shopee. Terjamin halal.

Kali pertama masak bibimbap ni memang agak leceh. Dapur kita umpama dilanda ribut taufan..memang kelam kabut!. Jadi untuk nampakkan kita ni master chef apa kata kita listkan bahan mana yang nak dimasak dulu. Kalau saya..pertama saya akan perap daging kemudian yang lain-lain.

Meh saya belanja gambar ...
Lauk-lauk untuk bibimbap ni boleh je di tukar ikut selera kita
Susun masakan ikut kreativiti sendiri
Tapi kalau dah cantik macam ni memang sayang nak makankan!
Begini lah rupanya bila dah digaul 
emm..dapnye
Pastikan perut kita kosong tau hihihi
Kalau perut tu full tapi masih gigih nak habiskan..sila tiru cara Han ji ni
atau pun cara Yeong-jae...cutekan

Terimakasih tau sebab sudi cuba resepi yang tak seberapa ni. 
Minta maaf kalau ada kekurangan..
Selamat mencuba..Love you

다음에 봐요 - (daume ddo bayo) see you again next time!

Resepi Bibimbap  Klik sini Assalam kawan-kawan Bila dah buat Bibimbap ramai pula yang menanyakan resepi Kimchi...