Showing posts with label Stori Sket. Show all posts
Showing posts with label Stori Sket. Show all posts

Thursday, 11 January 2018

Krabi Sept 2017

Cuti-cuti 4D3N ke KRABI 29 September 2017

Kisah cuti saya dan suami ke Krabi, Thailand. Selalunya bab-bab cuti ke Oversea ni saya serah bulat-bulat pada member tapi kali ni saya nak try sendiri tapi melalui agensi. Disebabkan sebuk bekerja saya plan cuti ni bulan September. Fikir saya selalunya musim hujan hujung tahun kan!!

Pakej travel agensi ni tersangat murah satu kepala RM559.00. Kenapa murah..sebab naik ETS! Dan kalau murah sure kita travel dengan group yang ramaikan. Takpe lah kita gamble je!

Itinari Agensi

Hari Pertama

6.15am - berkumpul depan McD KL Sentral
6.45am – waktu ETS bergerak menuju ke Padang Besar.

Malam tu punya la excited bercampur takut..kalau boleh tak mahu tidur.
Sebelum ni kami banyak berurusan melalui wassup jadi awal-awal lagi wakil agensi dah pesan tunggu depat McD dan kami nyaris-nyaris kena tinggal sebab menonong ikut group dari agensi lain…boleh!.
Nasib tak terlepas!
Lagi satu yang tak bestnya kami dapat seat terbalik dan aircondnya pula sejuk gila. Bayangkan 6 jam perjalanan…pening weii.
Makanan dalam ets ni boleh tahan harganya sebekas meehoon goreng yang tak berapa nak sedap dalam RM8.00 dan air panas kopi/cokelat lebih kurang RM3+. Takpe lah sekali-sekali…
Dalam melayan view terbalik tu kami lihat cuaca di negeri utara Perak dah mula mendung. Tunggu masa nak hujan je dan bila masuk negeri Kedah..Phee.. hujan selebat-lebatnya memanjang sampai ke Perlis. Memang tak best.


12.00pm - Sampai di sempadan Padang Besar.

Sepatut tiba pukul 12.00 tengahari tapi lewat hampir 45 minit sebab hujan. Dekat stesen sempadan kami disambut tour guide..seorang lelaki melayu tinggi kurus berjambang dengan suara sedikit tenggelam timbul, namanya Musa.
Sampai dah
Bukan senang ye nak masuk negara orang lebih-lebih lagi bila mengadap pegawai imegresen negara luar. Selalunya bila bercuti dengan kawan semua benda mereka yang settelkan termasuk mengisi borang putih (borang imegressen) tapi time ni budak musa tu tak cakap apa-apa pun.
Saya sekali lagi menonong ikut aje peserta lain.

Cuma musa ni pesan kalau pegawai tu tanya macam2 bagi saje duit RM2. Yela tu…nasib ada orang Malaysia (bukan dari group ni) yang tolong dan mula saat ni lah kami semua dah mula bosan dengan travel agnesi ni.
 
Dekat imegresen Sempadan Padang Besar

1.00pm - Bertolak ke Aonang, Krabi. Akan berhenti rehat di RNR Trang untuk makan tengahari.

Memang lah pakej ni murah dan tiga van yang pihak agensi sediakan sangat tak selesa langsung. Kenapa tak disewakan bas saje dari sempadan ke Krabi? Dah sampai Krabi time berjalan tu baru naik van.
Tersangatlah seksanya perjalanan ni, kami terpaksa berhimpit dengan beg-beg boleh tahan besar dari peserta lain selama hampir 8 jam (walaupun ada berhenti rehat dan makan) sebab cuaca disana pun hujan juga. Plus dengan driver van yang tidak reti berbahasa inggeris atau bahasa melayu. Tension sungguh!

Waktu ni mula saya terbayang macam-macam. Yang sedihnya trip ni saya belanja suami sebab nak dia berihat dan jalan-jalan dekat negara orang. Selama ni kalau saya ajak dia tak mahu tapi kali ni dia jadi ikut sebab saya buat plan mengejut. Tu yang saya risau tapi syukur alhamdulillah dia enjoy sikit pun tak merungut!

Kami tiba di Aonang hampir jam 9 malam (kalau ikut jadual tiba jam 6 petang)

Hari Kedua
8.15am hingga 8.45am - Van akan bawa kami ke pantai untuk aktiviti Island Hopping.
Alhamdulillah hotel kami dekat dengan kedai makan orang melayu islam jalan kaki 5 minit je. Sedap-sedap juga makanan disini atau sebab kami lapar hihihi..menu dia bertukar-tukar tapi yang saya nampak hari tu mereka ada nasi kerabu, nasi berlauk, nasi lemak dan roti canai. 

Dan pagi ni rata-rata kami borak pasal kejadian semalam memang ramai yang tak puas hati. Takpa lah kalau asyik fikir negatif je..rugi pula duit!
Jarak hotel ke pantai tak jauh mana tapi bila lihat langit…masyaallah, mendung kau! Tapi suami saya pula dah tak sabar nak naik bot kayu siap terjoget-joget lagi sikit pun tak merungut..Allah hu!

Pulau pertama adalah pulau ayam. Ingat apa tadi rupanya ada satu batu berupa kepala dan leher ayam kalau dilihat dari jauh. Kami berhenti dan mandi-mandi kejab kat pulau ni.
Kemudian bot bawa kami ke tempat snorkeling pula. Alahai hujan turun lebat gila la pulak, belum terjun tapi dah basah kuyup hihihi
dan bila hujan berhenti apa lagi masing-masing melompat ke laut termasuk suami saya.
Kami enjoy sangat saat-saat tu dari satu pulau ke satu pulau kami redahkan aje…hujan pun hujan lah
Jam 4.30pm kami balik kehotel. Ingat nak rehat-rehat tapi suami ajak pergi makan pula dekat restoran Bangboo Halal Seafood yang tak jauh dari guest house kami lebih kurang 10 minit berjalan kaki.

Hari Ketiga
8.15am hingga 8.45am - Van akan bawa kami jalan-jalan ke dua-tiga tempat.

Alhamdulillah hari ni lepas sarapan tempat pertama yang kami singgah adalah Emerald Pool and Hotspring. Dari dalam van yang ada wifi ni kami lihat cuaca memang mendung.

Emerald Pool and Hotspring

Apa yang best sangat tempat ni…rupanya nak ke pool ni kita kena redah belukar yang cantik dulu dan jauhnya lebih kurang 15 – 20 minit berjalan kaki. Dengar-dengar ada lagi kolam yang cantik, tapi nun jauh lagi..tak larat weii!
Disebab group kami antara yang terawal jadi boleh la kami mandi sakan dekat kolam ni termasuk suami saya. Dia ni sejenis yang suka laut dan kolam jadi perkara-perkara lain macam hujan ke, tour guide yang hancus ke, van yang sempit ke…dia buang jauh-jauh!

Elephant trekking

Lebih kurang 1 jam lebih kami pun gerak ke lokasi seterusnya Elephant trekking. Tapi nak kesitu hujan turun lebat dan waktu ni juga la musa buat perangai. Dia boleh tak tahu nak buat keputusan samada nak batalkan atau nak teruskan. Sebab selain elephant trekking ni ada lagi tempat-tempat yang kami kena pergi…Krabi city tour (Black crab/Nok awk/Gastropod shell fossil/ 7 heaven)
 
Akhirnya bila kami start merungut dia pun terus ke Elephant trekking. Mula-mula tu kamel tak mahu naik..mati-mati dia tak nak. Puas dipujuk akhirnya dia mengalah dan nak naik gajah ni pula kami kena bayar seorang dlm 450 baht. Walaupun pusingnya dekat-dekat situ juga lebih kurang 15 minit tapi seronok.

Krabi city tour

Disebabkan cuaca memang tak elok hari ni kami hanya dibawa jalan-jalan ke 7 Heaven saje. Lain kali kalau bercadang nak ke Krabi korang skip tempat alah ni sebab tempat ni serupa macam tempat karnival terbiar.  

Dan sebelum balik ke hotel kami singgah makan sambil beli ole-ole dekat Krabi town night market.

Hari Keempat
7.00am hingga 8.am – Check out dari hotel menuju ke Hatyai

Disebabkan van yang disediakan muat-muat 12 orang plus dengan beg yang makin bertambah, perjalanan balik kami jadi tension semula. Nak susun beg-beg dan peserta pun makan masa. Jadinya kami sampai di Hatyai lewat dan masa kami memang terhad.

Floating market
Kami tiba jam 2.30 petang dan masa yang diberikan hanya 1-2 jam saje manakala Floating market pula start pukul 3. Kami tak dibawa langsung ke Plaza market, Lee Garden Plaza seperti yang dijanjikan. Sedar-sedar tour guide kami hilang entah kemana, dia boleh tinggalkan kami dengan driver van aje .. gila kau!

Kat floating market ni banyak jual makanan-makanan mereka. Kami try makan kuew teaw sup (sedap) dan Khanom krok sejenis pancake kelapa yang berinti tiram…ya Allah sedap sangat!
Selain makanan atas bot kami try juga beli yang hok atas pasar seperti pulut manga dan seafood goreng. Hok baby crab ni keras tapi ranggup sampai luka-luka gusi saya hihihihi
Kesian pada peserta lain yang nak shopping barang-barang murah tu.. memang frust la sebab tak dibawa kesana. 
Jam 4 lebih kami gerak ke imegresen padang besar.
 
Nak dijadikan cerita, hari tu pula ETS mengalami masalah. Jadi perjalanan jadi lewat lah dan katanya ets akan berhenti setakat stesen Rawang sahaja. 
Pening-pening!
Dalam perjalanan tu suami saya pula tiba-tiba demam, siap muntah bagai. Sebabnya dia jenis tak tahan aircond dan mungkin makan macam-macam waktu dekat floating market tu.
Sesampai di rawang pihak ets telah sediakan bas untuk ke stesen Sungai buluh dan dari stesen ini kami naik pula komuter dan turun di stesen KL Sentral. 
Macam-macam ...

Kami sampai lewat pagi dan terus ke klinik 24 jam sebab tengok suami dah tak larat sangat. Alhamdulillah lepas setengah hari tidur, dia ok.
Saya baca komen-komen dalam group wassup dan hampir kesemuanya luahkan rasa tidak puas hati pada wakil travel agensi tersebut.

Nilah dia nak merasa sangat bercuti sendiri dan dapat pula syarikat travel yang kelaut dan rata-rata pekerjanya budak-budak. Dan for sure kita tak tahu perancangan Allah yang mana Dia turunkan hujan awal dari selalu. 

Insyaallah mungkin saya pergi semula tapi dengan member2 yang biasa tu. Kena tahan telinga juga la kena perli dengan mereka hihihihihi

Terima kasih ye baca catatan saya ni...I love you!



Monday, 30 November 2015

Cuti-cuti Korea..Sarange


Assalam semua,

Kali ini saya post sikit cerita holiday saya ke negara Korea awal tahun ini. Nak cerita detail macam trip Bali hari tu saya dah tak ingat sebab tiket2 & nota2 yang saya simpan tu dah hilang ntah kemana.  
Ikut plan asal kami nak pergi musim autumn 2014 tapi memandangkan pada tahun itu ada pula kapalterbang kita mengalami kecelakaan maka niat tu kami lupakan saje.
Ingatkan memang betul2 la tak pergi tapi tiba2 Elena beritahu trip korea jadi la pula. “kakak..kita jadi tau pergi korea, kita pergi bulan satu next year ”.
Tempat2 yang kami ronda pun tak banyak sebab main redah aje, janji bila ada yang tanya 
“ko penah pegi korea?” 
… “Ne”. 
Saya dan john memang 100% bagi kepercayaan pada elena sebab dia pandai BI (bukan tak pandai tapi segan) So trip kami ni memang lawak, kelam kabut & yang penting happy! 
Jadi saya beritahu awal2 tempat yang kami pergi iye ...

Myeongdong, Nandaemun, Dongdaemun, Nami Island, Itaewon

31/01/2015 (sabtu)
Kami naik Airasia je sebab murah dan nasib kami Baik sebab kru yang rajin melayan kami memang spesis oppa yang elok2 aje rupanya. Tak cerah sangat dan tak tinggi sangat memang sedap2 mata memandang la hihihihihihi

Kami sampai agak2 petang dan saya bagi 5 bintang++ la kat airportnya yang sangat besar, bersih, moden, cantik & suhu sejuk waktu tu mencecah negatif 5. Rata2 staf dekat airport ni memang cantik2 dan lebih2 lagi kat kaunter pertanyaan, muka macam artis. 

Mula2 lagi mereka tanya tentang transport, mahu naik bas atau teksi untuk ke hotel lepas tu mereka minta kami segera ke tempat train untuk ke station seterusnya iaitu station Myeondong. Terhegeh2 juga la kami berlari2 sebab minah tu cakap teksi yang nak bawa ke hotel tu akan sampai 15 minit lagi.

Sampai di station Myeondong kami terus ke kaunter dan diminta tunggu sebentar, agak2 10 minit juga la. Waktu ni juga la tiba2 kepala saya dah naik pening mungkin sebab sejuk sangat kot!.

Ishh..waktu ni rasa memang sejuk gila sebab ni 1st time kami nak try merasa bercuti musim sejuk. Taubat kot cukup la sekali ni hahaha..
Teksi2 mereka besar & selesa, hilang rasa sejuk bila tengok kiri dan kanan jalan yang sibuk. Macam nak cuti sebulan rasanya. Aduhai bila nak sampai niii!!!

Elena sempat lagi borak2 dengan pakcik driver, rupa2nya dia pernah duduk kat Malaysia..2 tahun tau tapi sayang dia tak pandai cakap bahasa kita. 

Jarak station dengan hotel tu tak jauh mana pun lebih kurang 5 minit aje.
Kami tinggal di Staz Hotel, Myeondong yang selesa dan ada 7E pula tu. Kedudukkan hotel ni umpama macam dekat area Jalan Ipoh. Kiri kanan jalan banyak kedai2 jual jubin2, barang2 binaan la tapi tak sesak. 

Pumpang2 lebih kurang pukul 7 kami dapat kunci. Sampai je kat bilik saya makan roti dan telan Panadol, dah tak boleh nak gerak sebab kepala ni macam nak tercabut. Yang dua orang lagi tu punya la galak salin pakaian “nak ronda2 nak tengok korea waktu malam” katanya. Tapi sebenarnya gatal nak tengok oppah la tu..macam aku tak tahu!

Tak lama pun mereka keluar sebab suhu sejuk sangat. Tapi dalam sejuk2 tu sempat juga diaorang beli dan makan streetfood yang banyak dijual seperti Ddeokbokki (sejenis sneak) dan Hotteok (pancake korea).

Jam 4 pagi kami terjaga dari tidur. Sebenarnya masing2 exited nak tunggu pagi so mula la cerita ngarut2, entah tiba2 kami teringat hotel kami ni ada 7E. Apa lagi kami pakat nak try Banana Milk yang selalu orang cerita tu.
01/02/2015 (ahad)

Nak berjalan sangatkan, jadi plan pertama kami elena ajak ke pasar Nandaemun. Kata elena ada orang bagi tahu kalau nak borong masker2 atau skincare elok datang sini sebab murah. Kat pasar ni rata2 ramai ajusshi dan ahjuma yang berniaga. Ada sekali tu kami masuk satu kedai jual Seaweed. Apa punya jampi oppa ni guna kami borong banyak seaweed macam2 rasa kat kedai dia. Ada yang rasa original, masin sampai la yang kepedas. 
Lepas borong kami singgah pula sarapan digerai2 yang sedia ada. Ahjuma dan ajusshi gerai makan ni baik betul, bila tengok kami menggigil kesejukkan mereka tutup atau hadang gerai mereka dengan birai plastik yang transparent dan suruh kami duduk berdekatan dengan alat pemanas. 
Digerai ni kami pesan Odeng sejenis fishcake, Kimbab sushi, Pajeon dan Korean Ramen sup.
Kamsahamnida!
Terus terang suhu waktu ni memang sejuk gila, tangan ni tak boleh nak keluar dari poket walaupun dah pakai glove. Kalau ikutkan memang banyak gambar tapi trip korea ni menguji mental dan fizikal betul. Disebabkan itu juga kami banyak menggunakan perkhidmatan teksi dari berjalan kaki. 

Lebih kurang 2 jam dipasar Nandaemun kami pun gerak balik kehotel dan bersiap2 pula ke N Tower. Rupa2nya kalau nak kesitu tak perlu susah2 naik teksi sebab hotel ini menyediakan khidmat mini bas untuk bawa kemana saje destasi yang berdekatan. Free je!
Punya la terpengaruh dengan style makeup winter, tengok la color lipstic saya yang merah menyala tu bukan korang aje yang 'mengata'.. orang2 korea sendiri pun dok mengata saya juga. tahu daahh! 

Untuk ke N Tower ni kita kena naik cable car dan agaknya hari cuti kot penuh dan padat cable car tu.
Cantiknya view di sekitar N Tower ni, john dan elena tak renti2 posing dengan macam2 gaya ngalah artis Kpop. Kalau nak tengok bandar2 seperti Myeondong atau Nandaemun sila la naik Menara N ni dan kat sini ada "Locks Of Love" bagi mereka loving2 tu boleh la gantung manga cinta kat sini. Lagi satu sepatutnya kata elena ada Teddy Bear Museum tapi sayang dah takde. Tak tahu pindah kemana. 
                          

Jalan2 sudah posing2 pun sudah tengok keliling ramai yang nak beransur tanpa pikir panjang kami ikut aje crowd didepan, akhirnya kami perasan yang kami dah melalut ntah kemana. Takut juga sebab hari makin lewat petang. Nasib baik kami terserempak dengan student malaysia kalau tidak tak tahu la. 

Akhirnya kami decide turun di Myeongdong dan naik teksi ke Itewon. Disini banyak kedai makanan halal tapi pening juga nak pilih. Akhirnya kami pilih kedai pak arab (tak ingat nama kedai tu) satu potion atau satu set makan dia macam empat orang makan. Banyak sangat tak larat nak perabih. Kat kedai ni juga kami terjumpa dengan pelancong dari Singapura dan dua orang mamat dari malaysia, nasib diorang berdua ni macam kami juga la.
Borak punya borak terbuka cerita pasal Nami Island. ikutkan esok mereka nak follow, masalahnya kami sendiri pun main redah je. Tetiba ada yang menegur rupa2nya student dari malaysia lagi. Kali ni dari info budak tu macam konfiden sikit kalau nak pergi sendiri. Sebolehnya kami tak mahu ajak mamat  berdua tu bukan mereka jahat ke gatal ke tapi takut sesat. Kalau kami bertiga aje takpa, buat yang berdua tu menangis macam mana!

Lepas dinner kami balik ke hotel, memang letih betul hari ni. Elena teringin nak main game di 7 luck casino takkan nak biar dia pergi sorang2 jadi saya dan john follow la. Kami tak masuk pun tempat tu ok. Kami duduk diluar dan posing2 sebab kat luar casino tu banyak lampu2 cantik.
Lebih kurang sejam lebih disana kami pun pulang kehotel. Ngantuk ooiiii!!!
Entah pukul berapa kami tidur pun tak ingat tapi pagi tu jam berapa kami pakat turun lagi cari makanan kat 7E. Bukan lapar mana pun cuma tergian minum banana milk, Triangle Kimbab dan green tea latte.

02/02/2015 (isnin)

Wah2 pagi tu kami bersiap bak artis korea sebab nak ke Pulau Nami atau Pulau Cinta Sonata. Kali ni elena menggunakan segala kuderat bertanya dibahagian reception cara2 nak ke pulau nami. Tengok pada airmuka elena kami memang yakin elena boleh bawa kami dengan selamat. 

Sebenarnya nak kestation berdekatan hotel tu ambil masa 2-3 minit je tapi disebabkan sejuk yang agak melampau jadi 10 minit la pula dan kalau tak silap nama station ni Euljiro 3-ga Station. 

Mak ai berbelet2 juga subway ni…pada mereka yang kurang berjalan disarankan setahun sebelum nak melancong ke korea korang kena selalu displin berjalan kaki, sebab kat sini memang banyak tangga dan lorong2 yang memang sibuk. Kalau jenis yang jalan macam kura2 jangan la terasa hati kalau korang nampak ahjuma2 dan ajusshi2 potong line korang iye!
Kat sini sama juga macam station lrt korang kena beli tiket tapi berhati2 tau sebab kat subway ni ramai gelandangan. Ada sorang oppa muka tak siap ni siap lepak sebelah dan tunggu duit baki kami lagi. Nak ditegur takut nanti kalau senyum dia ingat lain pula so kami buat dono je tapi yang jadi problem waktu tu kami tak reti nak guna tiket pula!.  

Nak minta tolong orang segan, alih2 kami terperasan sorang ajusshi ni tekan satu button dah bercakap dengan pegawai station pastu sekelip mata ada satu pagar terbuka. Kami pun ikut buat benda yang sama cuma bercakap dalam BI entah pegawai tu paham ke tidak sekali lagi pagar tu terbuka apa lagi kami bertiga keluar macam tu saje. Alhamdulillah tak kena tangkap!

Train mereka agak luas kalau berdiri boleh buat 3 line dan perjalanan ke station seterusnya pun agak selesa. Akhirnya kami berhenti di station Cheongyangni dekat2 dengan Lotte Plaza atau Lotte Department Store tempat orang2 kaya shopping. Punya leka berjalan baru perasan train dah nak sampai, bayangkan kami punya kalut berlari sehingga john tercicir sebelah glove dan elana hilang snow ear muffs… 

Train yang bawa kami ke Nami Island ini macam komuter tapi jauh beza sebab cantik, selesa dan toiletnya luas & bersih. Agak jauh juga perjalanan ni, kiri kanan jalan dihiasi dengan view saki baki salji2 dan mata kami pun mula mencair…ngantuk sesangat.

Akhirnya kami sampai di Gapyeong Station tapi untuk ke Nami Island kena naik shuttle bas dulu kemudian ferry. Dengar cerita ada dua cara kalau nak ke pulau ni sama ada naik ferry atau kalau rajin dan ingin percutian yang adventure try naik Zipwire.
Musim yang paling best datang Nami Island ni ialah musim autumn sebab ramai yang kata  musim ni memang viewnya sangat cantik dan berbaloi pergi tapi sayang sekarang yang tinggal hanya pokok2 kering dan saki baki ais je.
Tak sah orang kata kalau kesini tak bergambar dengan statue hero dan heroin drama Winter Sonata, peluk2 pokok, naik mini roller coster, kejar2 tupai, borak2 dengan burung Ostrich, main masak2 dalam rumah Iglu…memang banyak aktiviti kat pulau ni rupanya.
Selesai makan pankcake manis berserta kopi O di Sonata Cafe kami pun gerak balik ke ferry dan naik semula bas tuk ke station Gapyeong. Suhu waktu ni makin menjadi2 sejuknya, kami dah mati kutu cari tempat yang boleh panaskan badan. Cakap pun dah mula merepek2.
Bila tengok orang terlompat2 tuk panaskan badan kami pun try buat tapi masih sejuk lagi. Suhu waktu tu entah negatif berapa..taubat2 memang last la jalan2 musim sejuk. Jam dah masuk pukul 7.00 malam  train tak tunjuk muka lagi. Kami betul2 hilang focus dan hampir menangis pun ada.

Kami sepakat turun di Myeongdong Station. Bagi saya dan john yang dah giveup dengan sejuk beku ni kami dah tak ingat apa dah, kami nak balik ke hotel je tapi bila keluar saje dari station tu dikiri kanan jalan penuh dengan tempat2 shopping, kata elena “esok malam kita datang lagi tapi sekarang saya mahu cari itu duty free ada orang kirim barang” tapi sayang bangunan duty free yang megah besar tu boleh tutup awal kau! Pukul 8.00 dah tutup gitu mahu tak kecewa si amoy ni. 

Tak ingat pukul berapa kami balik kehotel. Penat sesangat kesian kawan saya john kasut dia dah jadi mulut buaya ..bole tak perasan! Plus rupanya kaki dia memang dah sakit waktu di Nami Island lagi cuma dia tak mahu rosakkan mood kami, jadi dia tahan saje. Ikutkan plan esok kami nak ke Everland Team Park jadi nak tak nak kena juga cari kasut baru. Bagi nak kurangkan sakit kaki tu kami belikanCold Spray dan gerak semula ke Dongdaemun market untuk beli kasut.

03/02/2015 (selasa)

Berat juga keputusan ni tapi saya dan elena kesian pada john. Jadi kami ubah plan, trip ke Everland tu kami korbankan jadi sebagai ganti kami cari kelas buat kimchi dan mencuba baju tradisional Hanbok. Hari ni kami bangun lewat sikit dan elena mula Google kelas buat kimchi yang dekat2 Myeondong.
Pagi tu saya dan john sarapan di Han’s Deli, sedap juga mee udon ala2 asam pedas ni. Semangkuk cuma rm10 lebih kurang 30 won. Rata2 tempat makan yang kami pergi kebanyakkan harga makanannya dalam 30 won. amoy comel ni pula dari malam tadi teringin nak makan sup ayam ginseng.
Selesai sarapan kami ronda cari kelas kimchi, tak susah pun selang 2-3 kedai je. Rupanya ada family dari malaysia juga tengah belajar buat kimchi kat kelas tu. Settle aje family tu, turn kami la pula melaram sakan pakai baju Hanbok. Barang2 nak buat kimchi ni rasanya memang senang nak dapat kat malaysia dan surprise mereka juga ada cencaluk tau!
Dah seronok dengan kelas kimchi tadi kami teruskan pula dengan aktiviti shopping. Hampir kesemua kedai kami masuk lebih2 lagi elena, sebab ramai yang kirim barang dengan dia. Ingat tak cerita duty free hari tu, kan kami sampai aje bangunan tu dah tutup!. ha…hari ni dia balas dendam. 

Bayangkan floor yang jual barang duty free tu punya la padat dengan segala macam orang. Saya dengan John naik pitam akhirnya kami lepak ditingkat kanak2 makan ais krim. Memang tak boleh layan floor tu, berhantu!

Sejam pastu si elena bawa 2 plastik skincare jenama Laneige. Gila..gila hihihi  


ishh perut pula dah lapar ni, tengah ronda2 cari kedai makan kami terserempak dengan satu geng dari malaysia lagi, adik2 tu siap tunjukkan kedai makan halal dan sedap pada kami sebabnya mereka pun baru saje selesai makan kat situ. Dalam kepala ni saya dah plan nak makan bibimbap original dari korea, so ni la peluang saya.

Aktiviti tidak sihat ni diteruskan sehingga ke malam membawa sampai ke pagi…elena betul2 mengganas hihihihi. Jujur cerita kami dah balik hotel..masing2 buzy packing beg. Mana nak disumbat barang2 makeup, skincare, seaweed, pakaian. Ishhh!!! melampau sungguh lebih2 lagi yang berdua tu, kalau tengok beg2 diaorg mashaallah takutt!
… tiba2 mereka berdua nak ke Nandaemon semula, alasan..terlupa nak shooping baju raya elena untuk tahun baru cina nanti. Ikutkan tak mahu ikut tapi nak juga tengok tempat tu, kalau tak silap nama tempat tu Migliore jadi saya pun menonong ikut sekali.
Memandangkan nilai duit kita jatuh nak shopping sangat pun tak boleh jadi saya sempat tangkap dua t-shirt untuk saya dan suami selebihnya saya beli ole2 sikit untuk kawan2. Nak tahu, waktu kami pergi tu baru aje kes sebuah kumpulan Kpop datang Malaysia dan peluk peminat perempuan..korang ingat lagi tak?

...hahhh disebabkan tu la peniaga2 lelaki kat situ SUKA2 aje nak sentuh2 kami. Ada sorang oppa tu siap peluk2 lagi elena …. malu betul tengok perangai dia, ni mesti spesis oppa murahan!. Lepas bayar cepat2 kami tinggalkan floor tu…geli. Pagi tu memang betul2 letih la berjalan, nasib baik sakit kaki john tu tak berapa nak teruk mungkin kami banyak berhenti rehat.


04/02/2015 (rabu)

Last day, risau juga macam mana nak bawa beg2 besar ke airport nanti. Selesai serah kunci hotel, kami susun2 elok beg dan segala macam barang ditepi bas, uncle driver tu pula siap geleng2 kepala mungkin heran tengok bagasi kami yang melampau2 ni.
Nasib baik sampai saje kami di station Myeondong uncle tu tolong angkatkan beg2 kami sambil senyum2. Time kami nak beri upah dia tak mahu pula!
Lepas berhempas pulas heret beg kehulu kehilir akhirnya kami sampai di airport. Bila beg2 besar kami tu masuk keperut kapal baru la tenang sikit. 
Elena sempat lagi intai2 barang macam tak cukup lagi, saya dan john pula lepak disebuah café. Tak ingat nama café tu tapi kek, sandwish, roti café tu memang sedap dan botol air minerel pun cute aje.

Terpengaruh dengan kata2 elena yang air mineral dalam flight mahal, saya dan john pakat beli air mineral sorang 2 botol. Waktu nak bayar tu saya memang tak perasan langsung saya terberi duit Won1000 dan RM100.00 sebab color kertas tu hampir sama! bila budak chasher café tu tanya, saya tak berapa nak paham last2 dia ambil kedua2 duit tu dan tunjukkan muka raja masing2. Ya Allah .. malu betul dibuatnya nasib baik waktu tu takde orang hihihi 
Sepatutnya jam 5 petang kami dah berlepas tapi flight ada masalah pada enjin la pula. Hampir 2 jam juga la kami dok boring tengok2 barang kat dutty free..akhirnya kami dipanggil semula. 

Ingatkan naik flight baru rupanya flight yang sama. Kami bertiga berpandangan boleh percaya ke tidak ni, sepanjang perjalanan tu saya memang tak tidur, risau tapi yang dua makhluk ni elok aje lenanya. 

Alhamdulillah akhirnya penerbangan kami selamat sampai. Terus terang airport KLIA2 ni memang tak cantik, tak tahu nak bagi berapa bintang..entah la segan dengan pelancong asing pun ada. Tempatnya sunyi dan agak sedikit kotor. Harap pengurusan klia2 ni buat la sesuatu.

Ini lah saje catatan holiday saya ke negara Korea. Memang tak puas, insyaallah jika ekonomi baik dan duit kita ok semula tentu saya akan datang lagi. Banyak lagi tempat yang tak sempat kami lawati. Sorry la kalau catatan ni tak best janji saya update. So pada kawan2 yang nak sangat tahu cerita saya di korea ritu … baca je tau jangan komen2!

bye2 .. love you

Sunday, 2 November 2014

Cuti-cuti ke Pulau Bali


Assalamualaikum semua..

Dah lama saya nak bercuti selepas Umrah 2010. Ingat nak jalan2 ke Turki sebab teringin tengok keindahan Masjid Biru atau ke Tokyo sebab nak tengok musim bunga Sakura. Entah tetiba bagai disorok bantal sahabat lama saya ajak bercuti, kata dia ..

"Kita pergi Bali nak? Mickey cuma bayar  RM900 je. Alah...kita pergi yang Free & Easy cukup ah. Kalau nak nanti John sattelkan!"


Sebenarnya memang dah lama tak jumpa dia. yang boleh buat terjumpa tu pun melalui FB. Tapi apapun saya kena tanya suami dulu dan alhamdulillah kamel benarkan. Mula2 bayar RM500 dan seminggu sebelum nak pergi tu sattelkan baki. Saya tukar duit Malaysia cuma RM600 sebab nak bercuti je bukan nak bershopping sangat.

04 Januari 2014
Seawal 5.45am john datang ambil saya distesen Shell BTS, kena gerak awal sebab flight lebih kurang 9.45am. Ni first time saya naik AirAsia so saya perhatikan kesemuanya berbahasa Indonesia dari kru hingga la pada majalah2 mereka. Bagi nak hilangkan boring saya baca majalah tu dengan loghat mereka, seronok juga. Bayangkan kami duduk menegak diseat berdekatan dengan pintu exit hampir 2 jam 1/2, memang tak boleh nak adjust langsung. Rupanya kawan saya tersalah pilih seat :D
Jam 12.25pm alamak cuaca macam tak best aje macam nak hujan je. Imigresen Bali pulak buat hal terpaksa la pula beratur panjang kata John 'dulu tak macam ni' jenuh juga la kami melayan Peraturan Baru airport bali. Lebih kurang jam 1.20pm kami dijemput oleh pemandu yang saya panggil Bapak je dan jarak antara hotel dengan airport cuma 5 minit. Memang sah2 dalam perjalanan tu hujan pun turun tapi tak la lebat sangat.
Semua ok cuma toilet je tak berapa nak best sebab dibina sama paras dengan plan lantai bilik. Jadi macam saya yang memang terbiasa bersih ni, hampir2 banjir bilik kami dibuatnya :D

Jam 2.30pm kami semua dibawa makan di restoran halal iaitu gerai Pak Man Ayam Betutu. Restoran ni terletak berdekatan dengan hotel yang kami inap. Restoran ni berada betul2 ditepi jalan yang sesak dan nasib baik kebanyakkan pemandu disana semuanya sporting2 belaka. 
Iyalah ini adalah restoran pertama kami sesampai di bali jadi masing2 ada perasaan takutkan makanan halal tak halal disini, maka saya pilih je nasi goreng udang bersama air teh O panas kesemuanya lebih kurang Rp31 ataupun Rm11.00.
Selesai isi perut kami pun mulakan lawatan dan tempat pertama yang kami tuju adalah Garuda Wisnu Kencana atau GWK Culture Park. Nak masuk kat sini kita dikenakan bayaran sebanyak Rp80,000 dan kebetulan kami sampai penjaga pintu masuk tu pesan jam 6.30pm nanti akan ada persembahan RamaSita dan tarian Kecak. Jadi masa yang lebih tu kami perabihkan dengan bergambar la jawabnya iye ..
Nampak tak gambar saya yang sedang duduk tu. Boleh la pula kawan2 saya kata kaki saya panjang macam ular (jahat)
 
 Ni la sahabat saya John!.. pompuan tau dah kawen pun :)

Sampai pun dah petang so tak la panas dan permandangan disini cantik dan bersih. Saya juga sempat bergambar dipintu masuk dewan pentas tarian ramasita dan kecak. 
Kalau kat Malaysia statue yang paling besar yang pernah saya tengok pun Tugu Pahlawan kat Tasik Perdana, patung helang di Dataran Lang, langkawi tapi di bali statue berbentuk dewa2 mereka ni sangat besar dan kata bapak GWK ni belum siap sepenuhnya maknanya akan ade lagi kot dewa2 besar yang akan dibina.

Persembahan ala2 Makyong iaitu Kecak dari peserta kebudayaan GWK

Walaupun show ni menarik tapi kami tak tunggu sampai habis sebab kawan2 lain ajak keluar awal, tak elok maghrib2 ni tengok tarian hindu. Betul tu tapi yang mereka main waktu2 senja ni buat apa, sayang tak tau kesudahannya .. Keluar dari panggung tu kami singgah kedai cenderamata dan saya beli Desta iaitu topi lilit masyarakat lelaki dipulau bali, saje buat kenangan tak mahal cuma Rp30,000 dalam RM12.00.
Kalau ikut perancangan sepatutnya kami pergi ke Pendawa Beach tapi disebabkan hujan dan perjalanan agak jauh jadi kami putuskan untuk pulang terus ke hotel. Ada pula diantara kami yang sibuk cari selipar...iye la yang gigih pakai high heel tu kenapa? dan ada juga yang teringin nak manja2 di Spa. Spa di bali bersepah2, depan hotel kami ni saje ada lebih kurang 4 hingga 5 spa .. pilih je yang mana berkenan. Saya tak ikut sebab tak biasa orang picit2, takut geli. Balik ke bilik saya terus mandi dan pengsan! :D 

05 Januari 2014

Sarapan dulu sebab jam 9am dah nak gerak. Pit stop pertama kami hari ni adalah Sariamarta kedai pembuat batik lukis tangan, dah namanya pun handmade sure la hasil2 batik di Toko ni mahal sikitkan .. kata bapak "Tengok dulu kalau ibu2 mahu beli ada tempat lain yang jauh lebih murah" 
.. "baik pak!" :D
Kata bapak lepas tengok orang buat batik ni dia nak bawa kami pergi kedai buat aksesori macam cincin & rantai perak pula. Jarak kedai tu tak la jauh mana tapi kiri kanan jalan saya perhatikan rumah2 penduduk beragama hindu kat pulau ni rata2 penuh dengan patung2 yang bermacam rupa dan saiz. Cerita bapak yang sememangnya beragama hindu ni, 85% masyarakat di bali ni adalah hindu dan selebihnya Islam, kristian, buddha dll.
Jam 1 tengahari kami singgah makan di Restoran Sari yang viewnye berdepan dengan Gunung Berapi Batur. Tak pula saya tanya Gunung ni masih aktif atau tidak. Tapi sebelum tu kami kena beli dulu tiket untuk masuk keperkampungan ni dan harga Rp8,000, dalam RM3.00 seorang. Restoran halal ni menyediakan masakan ala buffet dan dikira Rp100,000 satu kepala... bila tengok angka rupiah tu macam tak masuk akalkan tapi sebenarnya lebih kurang RM27 je.
Untuk peringatan korang, bila sampai disini nanti sure korang akan dikepung oleh salegirl2 yang jual selendang pashmina macam dalam gambar ni. Kalau berminat elok beli waktu tu juga sebab kalau kita dah janji nanti bila time nak balik nanti mereka2 ni akan tuntut, sampai ada yang berani ikut masuk kedalam kereta atau van...takut!!!

Seterusnya kami bergerak ke ladang kopi Satria Argowisata. Disini mereka bagi kita cuba air kopi yang sudah siap dibancuh dengan macam2 perisa dan akhirnya saya terbeli jugak 2 jenis perisa kopi, Vanilla dan Coconut. Suasana disini macam dusun kampung, sangat cantik dan nyaman. 


Sepanjang perjalanan ke pondok2 yang disediakan kami dapat lihat bermacam jenis tumbuhan yang diatur cantik. Cerita pasal kopi ni ada satu kopi yang saya tak berani nak cuba, kopi luwak!. Awal2 lagi kamel dah pesan jangan cuba nak minum kopi luwak tu tapi tak tahu la pula kopi yang test minum tu kopi apa!
Disebabkan hari pun dah nak petang kami teruskan perjalanan ke Teggalalang di Ubud Utara. Disini memang terkenal dengan permandangan sawah padi bertingkat. Memang unik sangat. Disini kiri & kanan jalan banyak kedai2 cenderamata jadi waktu ni korang boleh la tawar2 harga. Saya sempat beli plate cantik yang tertulis I Love Bali dengan harga Rp50,000 dalam RM14 dan barang2 magnet dengan harga yang sangat murah. 
bersih sungguh bali ni sebab sepanjang cuti-cuti bali ni saya tak nampak pun sampah. patut la ramai yang datang bercuti kat bali ni.

Dalam perjalanan ke Hard Rock Bali perut kami dah mula keroncong jadi singgah sekejab dipasar malam beli jagung bakar. Akhirnya jam 8 malam kami sampai dipekan Kuta, disini banyak kedai2 yang menjual barang2 berjenama salah satunya t-shit Hard Rock Bali. Boleh tahan la harga t-shit tu lebih kurang RM90.00, tengok kualiti juga la kan. Saya cuma belikan t-shirt Polo untuk kamel sebab dia tak kisah jenama dan harga t-shirt tu dalam Rp189,000 lebih kurang RM53.00. Kaki dan badan pun dah mulai letih hampir jam 10pm kami pulang ke hotel dan pengsan!

06 Januari 2014

Lepas sarapan jam 9.00am kami jalan2 di Pantai Kuta. Saya tidak la jalan mana pun sebab panas sangat macam dah tengahari gitu. Lagipun dalam kepala ni dah terkinja-kinja nak ke destinasi seterusnya, Tanah Lot. Disini waktu mereka sangat berbeza jam 6.30am dah terang macam pukul 8.00 pagi dan jam 6.30 petang dah gelap macam 8.00 malam.
Pantai Kuta yang cantik & bersih
Perjalanan nak ke Tanah Lot tu agak jauh, lebih kurang jam 2 perjalanan. Akhirnya jam 11.45am kami sampai, tapi sebelum tu sewaktu saya masih kat Malaysia saya dengar kawan2 cakap cuaca kat bali sejuk2 berangin dan tanpa pikir panjang saya pakai la baju yang kainnya sedikit tebal konon. Sesampai je kat tanah lot tu punye le mendidih kepala dan badan dah mula berlengas!. Nasib baik dikiri kanan jalan ada kedia2 yang menjual pakaian, sempat jugak la saya beli dan siap tukar kat kedai tu juga.


Saya ni tak le cantik mane tapi teringin nak posing .. jangan marah ok :D

Disini ada mamat2 yang akan sibuk follow kita tau. Kerje mereka ni snap gambar cuci & jual, kalau nak merasa hasil kerja mereka sekeping dalam Rp20,000. Dah penat berposing saya dan john singgah minum air kelapa digerai yang banyak disana, agak2 15 minit relax dan minum kami pun gerak jalan2 dikedai2 yang menjual souvenir dan t-shirt. Saya sempat beli sepasang t-shirt yang bersulam BALI harga t-shirt tu murah sangat dalam Rp80k, satu untuk saya dan satu untuk kamel. Destinasi seterusnya ke kuil Bedugul dengar cerita tempat ni cantik.
Yang purple tu saya dan yang merah tu kamel

Jam 3.00pm kami singgah makan digerai halal ditepi jalan (maaf ye saya tak ingat nama gerai tu tapi apa yang saya nampak tempat tu bersih, cantik & masakkan dia sangat sedap). Saya dan john order nasi putih, sup sayur dan ikan telapia bakar bersambal.
Sambal bali sebelah timun & tomato tu simple aje buatnye. Bapak bilang cili2 dan bawang tu diracik halus kemudian dicampurkan dengan sedikit minyak sayur..udah siap!

Lebih kurang jam 3.50pm kami sampai ke Bedugul Tample. Betul tempat ni nyaman dan cantik sungguh viewnya macam gambar postcard. 
Kalau korang nak melawat Villa Bedugul yang terletak jauh dihujung tasik korang kena naik boat. seorang dalam Rp60,000 atau RM17.00. Sampai disana driver boat tu akan tanya samada korang nak naik bergambar atau pusing2 atas boat aje. Rugi kalau tak bergambar sebab tempat tu cantik sangat. Driver2 tu sebenarnya merangkap photographer jadi korang boleh pilih gambar dia atau kamera korang sendiri. Seperti kat Tanah Lot tadi sekeping gambar dicaj Rp20,000 murah aje tu lebih kurang RM5.00 je.
 Tersangat la hijaunya & tersangat la cantiknya taman ni.

Akhirnya untuk dinner kami dibawa ke Jimbaran Bay bayangkan 2jam pergi + 2jam balik mau muntah dia buatnya. Melihatkan permandangan jimbaran bay waktu malam sangat cantik. Disetiap meja dihiasi dengan lampu2 comel. Sesampai direstoran yang disyorkan bapak kami mula memilih jenis hidupan laut yang menjadi hidangan kami sebentar nanti. Seperti orang kaya, saya dan john tanpa fikir duit rupiah tinggal berapa terus aje kami pilih 2 ekor ketam sebesar tapak tangan dan sekor anak dara lobster. Bila ditanya harga, jawab mereka dengan senyum lebar "iya...ibu2 duduk dahulu bayarnya kemudian nanti".
Mak ai .. aku mintak yang sedang2 saja tapi kamu pilih yang besar2 saja, kenapa mas?
Ketam sambal dan lobster kukus bawang putih ni memang sedap. Entah tiba2 datang dari mana timbul pula rasa takut bila masa nak bayar nanti, punya la kami berdua makan sampai berkilat dan licin kulit ketam tu. Akhirnya terjawab juga la perasaan takut yang menghantui kami tadi, harga ketam dan lobster ni memang mahal JUTA2 .."kaw ade". Itu belum kami order nasi dan makanan merapu lain lagi .. kiranya satu kepala lebih kurang RM1++ seorang. Macam makan buffet kat hotel2 mewah lagaknya.

07 Januari 2014

Hari ni kami dah bersiap packing untuk balik malam ni jadi beg2 kami nanti akan dikumpulkan dibilik auntie cina yang join kami sebab mereka semua balik keeesokannya. Lepas sarapan kami keluar untuk aktiviti terakhir dan hari ni kita shopping, jadi pada yang masih jutawan lagi tu syok la shopping tapi macam saya ni milih2 sikit la ye. Bukan tak cukup duit tapi berjaga2 kot2 ada kawan2 yang nak pinjam almaklum la takut ada yang tak sedar diri tershopping lebihkan. Hari ni bapak bawa kami ke kedai ala2 Mydin, Krisna.
Sementara menunggu geng 4 beradik bershopping saya pun ambil kesempatan bergambar di satu tempat dimana pernah terjadi letupan bom yang mengakibatkan kematian pelancong asing, tak ingat pula tahunnya. Jam 12 tengahari kami gerak ke Pantai Nusa Dua, kalau nak kesini kita terpaksa naik jambatan cantik yang baru siap dibina. 
Pantai Nusa Dua ni macam pantai eksklusif. Rata2 yang saya nampak ramai pelancong mat saleh yang berjemur (ada yang berbikini dan ada jugak yang tidur bergelimpangan macam sotong kering). Kalau cuaca cantik dan ombak agak kuat sikit mereka ni akan berSurfing. Saya perhatikan di bali ni banyak kedai yang hidangkan masakan itik yang dipanggil Bebek dan juga babi. Ade yang dipanggil restoran bebek ditepi sawah la .. bebek ditepi jalan la .. semuanye bebek dan babi golek. 
Lebih kurang sejam kami disana bapak pun bergerak menuju ke Pujamandala tempat sembahyang pelbagai agama. Kata bapak dipulau ini mereka mementingkan persahabatan & persaudaraan sebab tu kuil, gereja, tokong buddha dan masjid didirikan bersebelahan antara satu sama lain. Dan setakat ni tak ade peristiwa yang dasyat berlaku.
Sebelum pulang ke hotel kami singgah makan di restoran halal Pawan Pasundan masakan khas sunda bali. Kali ni saya pilih menu nasi goreng hijau yang berharga Rp35,000... sedap nasi goreng ni ada satay ayam dua cucuk, telur mata, ikan masin & sambal bali dan selain dari tu saya jugak order air teh O panas tapi kali ni mereka beri saya teh yang berbau bunga melur yang tersangat la harumnya .. ambil masa juga nak sesuaikan dengan tekak ni. kat bali kalau minta air teh O mereka akan tanye "yang manis atau tawar" sebab harga dikira lain.
cantikkan hidangan ni.
Restoran ni menyediakan tempat solat dan telekung yang bersih untuk kita 
yang beragama islam.

Jam 4.45pm kami pulang semula ke hotel..mandi, tukar baju dan relax untuk pulang. Kesian pula pada couple yang terpaksa pulang awal sikit dari kami tu. Kata john mereka last minit confirm nak ikut jadi itu aje la tiket yang ada. Jam 5.30pm saya, john dan bapak hantar mereka berdua ke airport. 

Akhirnya flight kami berlepas dari pulau bali jam 10.05pm dan kami dapat duduk di seat no. 22, alhamdulillah bukan dekat pintu exit lagi!.

Sebenarnya dahulu saya pernah berjanji saya tak akan bercuti ke pulau bali sebabnya sewaktu usia kanak-kanak saya terbaca 1 artikel berkenaan haiwan kura-kura yang dijadikan masakan oleh penduduk bali dan cengkerangnya dijual sebagai souvenir pada pelancong. Selesai je baca saya terus jatuh sakit sebab sedih sesangat, sehinggakan arwah abah terpaksa bawa saya berubat cara kampung selepas usaha doktor pakar kanak2 tidak berhasil. 

Anyway entah kenapa saya terima pula ajakkan sahabat baik saya bercuti bersama. Percutian ini merapatkan kembali persabahatan kami yang terputus lebih 20 tahun. Yang pasti holiday ini sangat relax, penuh dengan ketawa dan saya tak nampak pun cengkerang kura-kura yang menjadi mimpi buruk zaman kanak2 dulu!. Terima kasih juga kepada bapak yang baik dan sabar dengan kerenah kami. 

Saya juga ingin mohon maaf sekiranya ada yang tersalah tulis lebih2 lagi yang melibatkan kiraan duit RP sebab saya tak pandai kira. Apa yang saya kongsikan ini adalah lebih kurang aje.

Sudah pasti kami akan kesini lagi dan kali ni kami nak melawat tempat lain pula seperti kuil Besakih, gunung Kawi, pantai Pendawa, Seawalker dan tengok tarian betawi pula!! 

So see you again Bali :D


Resepi Bibimbap  Klik sini Assalam kawan-kawan Bila dah buat Bibimbap ramai pula yang menanyakan resepi Kimchi...