Thursday 17 December 2020

Sup Rumpai Laut atau Seaweed Sup atau nama koreanya Miyeok Guk

 


Di Korea seaweed sup atau sup rumpai laut dimasak bersempena hari lahir seseorang. Dalam sup sihat ini ada isi ayam atau daging dimasak bersama rumpai laut. Saya masak je kalau teringin. Rasa sup ni masin2 jadi kalau time demam tu + tekak pun payau2, saya gagah juga nak la masak. 

So jom kita tengok bahan2 dan cara memasak ok

Saya cari dry seaweed ni disupermarket dekat bahagian masakan 
Jepun dan Korea. Beli paket kecil saje

1/2 cawan atau mangkuk kecil seaweed kering wakame (seaweed akan kembang bila kita rendam, sebab tu saya cakap 1/2 je. Tapi yg suka seaweed tu lebih pun takpe)

1 mangkuk daging batang pinang atau daging biasa (dipotong ala2 kiub)

sedikit garam dan serbuk lada hitam.

2-4 sudu makan minyak bijan (untuk menumis)

1 1/2 sudu makan kicap cair

1-2 ulas bawang putih (dicincang halus)

2 mangkuk air atau ikut kita. Nak kuah banyak lebihkan.

Rendam seaweed dengan air lebih kurang 5-10 minit. kemudian basuh berberapa kali dan keringkan. Saya guna pengering sayuran yang dibeli dekat Ikea tu. Putar la berapa kali sampai seaweed tu kering.

Daging dibersihkan dipotong kiub2 kemudian diperap bersama garam dan serbuk lada hitam ak black paper. Perap dalam 1 jam gitu.

Jom masak ......

Dengan api sederhana panaskan periuk bersama minyak bijan. Jangan tunggu sampai minyak panas sangat nanti keluar bau tengik. Agak2 tengok minyak tu panas masukkan ketulan daging perap tadi, masak hingga daging bertukar warna kemudian masukkan seaweed dan masak lebih kurang 2 minit. Setelah 2 minit masukkan pula bawang putih dan kicap cair. Gaulkan kesemuanya dan masukan air. Time ni boleh lah adjust rasa kalau nak garam lebih ke, kicap lebih ke dan masak lagi 5 minit atau sehingga daging lembut.


Hari ni cuaca mendung nak keluar cari barang masak malas pula. Jom makan. Bismillah semua.

Selamat mencuba. Love you.


Tuesday 8 December 2020

Sardine tin masak kari stail saya

Gambar terus dari kuali

Saja2 update untuk diri sendiri yang tak pandai masak ni. Kot esok2 nak masak balik buka la blog kan. Untuk rekod (cehh) saya memang tak pernah cuba masak kari sardine tin ni, yang saya suka dan ulang2 masak tu kari ikan bawal. Haaaa yang tu saya suka.

Kalau tengok gambar memang tomato banyak dari ikan tapi sebenarnya ikan sardine tu ada je, lepak kat bawah. Malas nak kuis2kan. Untuk pengetahuan lepas masak saya rasa memang sedap la (perasan). So nanti bahagian rasa2 tu harap pandai la adjust tau. 

Air mineral belakang tu abaikan saje, saya stanby sebab dekat bukit antarabangsa ni kerap takda air. Dia suka2 ada takda. Dah masuk 2021 apa nak jadi dengan negara kita.

Bahan2 masak kari ni mudah je nak dapat, antaranya

1 tin sardine (saya suka brand Agromas)
4 biji bawang merah kecil - hiris
3 ulas bawang putih - hiris juga
sedikit je Halia - hiris
10 biji cili api
2 sudu besar serbuk kari ikan (saya suka BaBas)
Air asam jawa (saya guna asam jawa xtra Adabi. Sikit je takut masam)
2-3 biji buah tomato (belah 4)
6 biji sayur kacang bendi (suami suka sangat)
1 tangkai daun kari
1/2 cawan santan kotak
Air secukupnya
garam dan gula

Cara2 masak stail saya

1. Saya tak goreng goreng ikan sardine tu sebab ada sesetengah resepi mereka goreng. Saya takut letup2 ..


2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia, daun kari sampai layu.

3. Kemudian masukkan pes kari ikan. Masak hingga garing dan time ni lah baru saya masukkan ikan sardine. masak seminit 2 gitu.

4. Dah cantik sambal tadi barulah saya masukkan kuah sardine, asam jawa dan sayur bendi beserta sedikit air.

5. Setelah mendidih saya masukkan santan. Perasakan dengan garam dan gula.

6. Akhir sekali baru saya masukkan tomato (Saya tak suka tomato over cook.)

7. Dah siap.

Mudahkan. Selamat mencuba...Love you!

Monday 7 December 2020

HARUMA dah tiada

 

HARU

Haruma Miura

Pada peminat drama atau movie Japan tentu ada yang kenal. Banyak juga drama dan movie yang dibintangi salah satu nya Koizora, Gokusen 3, Attack On Titan dan banyak lagi. Selain itu haruma juga aktif dalam theater dan yang paling popular dan menjadi kontrovesi adalah theater Kinki Boots. Dia menjadi Drag Queen Japan terpaling cantik dalam siri kinki boots yang diasaskan oleh Cindy Lauper. Dia juga boleh menyanyi dan menari dengan baik. 

Pada 18 Julai 2020 jam 2.00 petang pihak agensi Amuse telah mengumumkan berita yang tidak mahu didengar oleh peminat, keluarga, sahabat atau sesiapa saje yang mengenali haruma iaitu berita kematian. Berita tersebut menjadi trending di Twitter dan menjadi sebahagian peminat haruma dari seluruh dunia, saya juga berasa terkejut dan sedih.

Haruma mati dengan mengantung diri di almari menggunakan tali surfboard kesukaan dia. Bermacam cerita yang saya baca di internet antaranya dia dikatakan murung kerana masalah kewangan yang melibatkan ibu tersayang. Ibu haruma sangat boros berbelanja. Juga tentang Bapa yang setelah sekian lama terpisah juga menuntut wang darinya. Bapa tiri haruma juga mempunyai hutang dengan ahli kongsi gelap.

Akan tetapi berita kematian itu menjadi buah mulut kerana siasatan polis sangat sederhana dan tiada laporan dari pihak hospital. Upacara pembakaran pun hanya dihadiri oleh orang terdekat yang nama mereka telah dirahsiakan dan yang pelik lagi ibu haruma tiada di upacara tersebut. Pihak media disana juga seolah-olah tertutup dan dikawal oleh sesuatu. Berita kematian haruma juga hanya dilaporkan sehari sahaja dan tiada temuramah dengan sesiapa sedangkan dia mempunyai ramai sahabat dan peminat. Dia mati begitu sahaja.

ketika melawat Laos

Ada yang mengaitkan punca kematian haruma dengan politik. Ini disebabkan haruma tidak puas hati setelah mengetahui wang hasil dari konsert kebajikan (ACT Againts Aids) untuk hospital di Laos telah disalahguna oleh badan politik disana. Haruma telah berkali-kali mengancam untuk menyebarkan nama-nama mereka yang terlibat. 

Haruma dikhabarkan hilang pada 17 Julai 2020 (sukar dihubungi) dan mati keesokkan harinya. Ada yang mengatakan dia telah didera teruk dan pada hari kejadian mereka (geng yakuza) membawa dia pulang kerumah dah mengantungnya seolah2 haruma bunuh diri. 

Ramai peminat di jepun tidak puas hati dan mereka percaya Haruma telah dibunuh kerana  banyak maklumat bercanggah seperti report awal polis mengatakan ada nota bunuh diri, ada juga mengatakan haruma menulis keinginannya untuk membunuh diri di Laptop beribadinya. Tetapi berberapa hari kemudian pihak polis menidakkan kesemua berita tersebut. Pihak agensi Amuse juga tidak memberi kerjasama apabila mereka ditanya oleh peminat dari seluruh dunia sehingga ada perbalahan di Twitter, malah pihak agensi juga tidak teragak2 untuk mengeluarkan saman. 

Tarikh 18 Julai adalah tarikh sepatutnya haruma menyambung kontrak dengan agensi tetapi dia dijumpai mati. Haruma telah merancang lama untuk keluar dari agensi dan memulakan kehidupan baru. Antaranya dia telah pun membeli motor berkuasa tinggi untuk travel merata japan. Dia juga merancang untuk membuka syarikat sendiri dan memulakan biz kecil-kecilan bersama sahabat2 di kampung halaman (Ibaraki).

Lahir pada 05 April 1990, dia antara aktor muda yang sangat terkenal kerana sangat berbakat, kacak, berbudi bahasa, rajin belajar dan kuat bekerja dan baru melancarkan buku Documentary PHOTO BOOK 2019-2020 pada ulang tahun dia yang ke 30. Sebelum dia pergi, haruma sempat merakamkan lagu dan muzik video yang sangat bermakna buat peminatnya. Mula berlakon seawal umur 7 tahun dan sudah tentu dia ingin bebas... 

Kini haruma telah terbang pergi selamanya. Sayonara, moga kematian kamu mendapat pembelaan.


Petikan dari movie Koizora the sky of love (Haruma pegang watak Hiro, pengidap kanser yang akhirnya meninggal dunia)

Hiro -  Where do human go after they die?

Mika - Heaven

Hiro - I want to be the sky. So I always know where you are.

Mika - Like a stalker.

( Hiro smile)

Mika - CLEAR SKIES WILL MEAN YOU ARE HAPPY. RAIN WILL MEAN YOU'RE CRYING, SUNSET MEANS YOU ARE EMBARRASSED. NIGHT WILL MEAN YOU ARE GENTLY HOLDING ME.

Ayam Goreng Sos Tiram Tersedap

 

Rupa buruk tapi sedap

Assalamualaikum semua

Agak lama juga kan saya tak update blog sebab Laptop saya problem. Nak pergi repair tiada masa, kadang2 terlupa itu yang beralih pada HP. Bila rajin upload Apps, saya jadi malas pula.

Jadi pada sesiapa yang pernah follow saya....sori

Kali ni saya nak share resepi simple aje. Resepi ayam goreng sos tiram sebab dah jadi favorite family sekarang ni. Bahan2 pun senang, budak2 sekolah rendah pun boleh buat kecuali time menggoreng tu biarlah orang dewasa ye.

Ayam tu tak kisah lah, nak bahagian mana janji dipotong kecil. Macam saya suka drumstick... 

Bahan2 Perapan

4-5 ketul bahagian ayam
2-3 sudu makan Sos Tiram Maggie atau apa2 brand
1 sudu makan Kicap lemak manis (saya suka kicap Jalen)
3-4 ulas Bawang Putih (tumbuk2 manja)
1/2 Lada hitam / Black Paper (Ditumbuk kasar)
Sedikit Kiub Ayam dan garam
* Tengok bahan2 dia simple je kan
Bersihkan ayam dan kelar2 sedikit, setelah itu tos kan airnya
Ambil sebarang mangkuk kemudian campurkan kesemua bahan tadi dan digaul bersama ayam sehingga rata. Perapkan sehingga 1 jam atau lebih.

Goreng ayam tadi dengan api sederhana sehingga masak. Agak2 ye sebab takut hitam pula. 

Jadi itu saje lah resepi setelah hampir 2 tahun tak update, yang saya share kali ni. Bukannya resepi masakan korea tapi rasanya boleh juga kalau dimakan bersama Bibimbap...

Selamat mencuba, Love you

Saturday 5 December 2020

covid-19


Assalamualaikum dan Alhamdulillah kita diberi kesihatan yang baik untuk teruskan kehidupan.

2020 ni tahun dugaan bermacam perkara yang berlaku. itu semua ujian untuk kita. Sedikit hari lagi kita akan memasuki 2021. Semoga virus ini cepat berlalu pergi.

Monday 23 July 2018

Sup Ayam Cendawan Shitake & Cendawan Telinga Kera

Assalamualaikum semua

Kali ni saya nak share resepi sup ayam cendawan yang dimakan dengan spaghetti.
Kelmarin tempat kerja saya ada buat jamuan hari raya dan kami diminta bawa potluck. Dalam banyak-banyak hidangan tu ada sup ayam cendawan...paham saje lah kalau masak untuk family lain dengan masak untuk kawan-kawan. Bukan tak sedap tapi rencahnya seperti ayam dan cendawan memang sedikit. Apa orang kata..janji bawa!

Saya memang tak pernah makan pun sup seperti ni tapi rasa tertarik nak buat sendiri jadi seperti biasa saya goggle lah. Resepi ni saya tambah kurang mana yang perlu dan Insyaallah sedap kot hihihihi 

Jom kita lihat bahan-bahannya
Saya beli ayam sebelah saje - dibersihkan dan potong kecil
5 atau lebih cendawan shitake kering dan cendawan telinga kera - direndam hingga lembut atau semalaman kemudian bersihkan dan potong ikut stail masing-masing.
Sedikit halia - ditumbuk kasar 
Bahan kisar atau cincang halus

6 ulas bawang merah 
10 ulas bawang putih (kalau ulas tu besar2 kurangkan)

Bahan-bahan lain 

2 sudu makan minyak bijan
1 sudu besar minyak zaiton atau minyak masak
Air bersih secukupnya 
1/2 Kiub ayam
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan minyak bijan
Sedikit serbuk Black paper (Jika mahu Pedas)
Garam dan gula secukup rasa

Cara-Cara
Dengan api sederhana panaskan periuk dan masukkan sedikit minyak zaitun dan minyak bijan. (Guna api sederhana sebab takut minyak tu hangit) kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis sehingga garing.
Setelah itu masukkan ayam. Gaulkan dan masak selama 5 minit. Kemudian masukkan cendawan dan air. Gaul dan renihkan sehingga mendidih.
Masukkan kiub ayam, kicap pekat, serbuk black paper dan minyak bijan. Masak lagi sehingga ayam empuk.

Sebelum tutup api perasakan dengan garam dan gula. 

Sedap juga dimakan dengan nasi putih atau mee spaghetti. Kalau ada yang kurang boleh la tambah itu ini ye..Untuk sukatan air tu saya main agak je sebab 'lauk-lauk' dalam sup ni banyak berbeza dari potluck hari tu. 

Selamat mencuba...Love you!

Tuesday 12 June 2018

Resepi Butter Chicken


Assalam kesayangan semua
saya nak share resepi ni sebab saya try buat bulan puasa hari tu dan suami kata sedap (memanjang sedap ye!)

Resepi ni simple je budak-budak pun boleh buat
Jom kita tengok bahan-bahan dia

Butter Chicken

Isi ayam dibersihkan dan dipotong cube
½ sudu kecil serbuk kunyit
½ sudu kecil serbuk kari daging
2-3 sudu makan tepung jagung
Sedikit garam

Gaul dan perap seketika kemudian goreng hingga garing.
Didalam kuali pan panaskan

Butter (butter ni dibahagikan kepada 3 potongan dan saya gunakan sepotong atau ikut berapa banyak isi ayam goreng tu)

Setelah butter tu mencair masukkan

2-3 ulas bawang putih yang telah dicincang bersama daun kari.
Apabila bawang putih sudah kekuningan masukkan
½ tin susu cair, ayam yang telah digoreng dan sekeping cheese.
Akhir sekali taburkan hirisan cili padi.
Masak seketika suaikan rasa dan tutup api.

Ya Allah sedapnya kalau makan dengan nasi panas dan ulam Zucchini atau timun zukini.

Selamat mencuba !!

Resepi Bibimbap  Klik sini Assalam kawan-kawan Bila dah buat Bibimbap ramai pula yang menanyakan resepi Kimchi...