Monday, 23 July 2018

Sup Ayam Cendawan Shitake & Cendawan Telinga Kera

Assalamualaikum semua

Kali ni saya nak share resepi sup ayam cendawan yang dimakan dengan spaghetti.
Kelmarin tempat kerja saya ada buat jamuan hari raya dan kami diminta bawa potluck. Dalam banyak-banyak hidangan tu ada sup ayam cendawan...paham saje lah kalau masak untuk family lain dengan masak untuk kawan-kawan. Bukan tak sedap tapi rencahnya seperti ayam dan cendawan memang sedikit. Apa orang kata..janji bawa!

Saya memang tak pernah makan pun sup seperti ni tapi rasa tertarik nak buat sendiri jadi seperti biasa saya goggle lah. Resepi ni saya tambah kurang mana yang perlu dan Insyaallah sedap kot hihihihi 

Jom kita lihat bahan-bahannya
Saya beli ayam sebelah saje - dibersihkan dan potong kecil
5 atau lebih cendawan shitake kering dan cendawan telinga kera - direndam hingga lembut atau semalaman kemudian bersihkan dan potong ikut stail masing-masing.
Sedikit halia - ditumbuk kasar 
Bahan kisar atau cincang halus

6 ulas bawang merah 
10 ulas bawang putih (kalau ulas tu besar2 kurangkan)

Bahan-bahan lain 

2 sudu makan minyak bijan
1 sudu besar minyak zaiton atau minyak masak
Air bersih secukupnya 
1/2 Kiub ayam
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan minyak bijan
Sedikit serbuk Black paper (Jika mahu Pedas)
Garam dan gula secukup rasa

Cara-Cara
Dengan api sederhana panaskan periuk dan masukkan sedikit minyak zaitun dan minyak bijan. (Guna api sederhana sebab takut minyak tu hangit) kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis sehingga garing.
Setelah itu masukkan ayam. Gaulkan dan masak selama 5 minit. Kemudian masukkan cendawan dan air. Gaul dan renihkan sehingga mendidih.
Masukkan kiub ayam, kicap pekat, serbuk black paper dan minyak bijan. Masak lagi sehingga ayam empuk.

Sebelum tutup api perasakan dengan garam dan gula. 

Sedap juga dimakan dengan nasi putih atau mee spaghetti. Kalau ada yang kurang boleh la tambah itu ini ye..Untuk sukatan air tu saya main agak je sebab 'lauk-lauk' dalam sup ni banyak berbeza dari potluck hari tu. 

Selamat mencuba...Love you!

1 comment:

Komen la .. Takpe Nanti Saya Baca

Resepi Bibimbap  Klik sini Assalam kawan-kawan Bila dah buat Bibimbap ramai pula yang menanyakan resepi Kimchi...