Monday, 4 September 2017

Resepi Japchae .. sedap tau!

Assalam sahabat-sahabat semua,

Hari ni saya nak share satu lagi resepi orang Korea, Japchae. Resepi ni simple aje bahan-bahan dia lebih kurang macam buat bibimbap cuma mereka gantikan nasi kepada suun atau meehoon. Tapi saya gunakan sebijik glass noodle seperti resepi asal.
Bahan-bahan ni untuk dua orang makan tau

1 paket Glass Noodle jenama Singlong (saya rebus separuh aje)
1 cawan daging (bersihkan dan potong kecil-kecil)
1 cawan carrot
1 cawan cili capsicum
1 cawan cendawan shitake (rendam semalaman dan hiris)
1-2 cawan sayur bayam (bersihkan dan celur kedalam air panas)
½ biji bawang belanda
1 cawan daun bawang
2 ulas bawang putih
2 sudu makan bijan panggang
2-3 sudu minyak bijan
2-5 sudu makan kicap soya
2-4 sudu makan gula perang/brown sugar
1 sudu makan serbuk lada hitam/black paper
1 biji telur
Sedikit serbuk kunyit

Jom kita masak
Didalam mangkuk satukan daging, cendawan shitake, 1 ulas bawang putih cincang, 1 sudu makan gula perang, 1-2 sudu makan kicap soya, 1 sudu teh minyak bijan dan 1 sudu teh serbuk lada hitam. Gaulkan dan perap ½ jam atau 1 jam.
Telur ayam dibuat telur dadar..jangan lupa boh sikit serbuk kunyit sebab nak bagi warna telur dadar tu cantik. Kemudian bila sejuk gulung dan hiris nipis2
Carrot, cili capsicum dan daun bawang di potong memanjang. Bawang Holland dihiris2. Jika ada yang nak tambah bahan lain seperti cendawan butang putih atau sebagainya boleh tapi make sure sayur2 yang tak berair ye!

Bersihkan sayur bayam dan celur seketika. Kemudian toskan kemudian genggam dan picit2 sikit untuk buang air bayam tu. Kita tak mahu japchare kita berair.

Ambil 1 mangkuk besar dan susunkan bayam tadi kedalamnya. Kalau bayam tu besar2 potong sikit ye kemudian gaulkan dengan sedikit minyak bijan dan kicap soya.
Rebus glass noodle sehingga lembut dan bertukar warna. Kalau noodles tu panjang takut seksa nak makan nanti gunting2 sikit ye. Toskan airnya dan alihkan kedalam mangkuk bayam tadi dan tambahkan 1sudu teh minyak bijan, 1 susu makan kicap soya, 1 sudu teh gula perang dan gaulkan sebati. Lupa pula…jangan gaulkan dengan bayam tu sekali tau. Susun mereka sebelah2 hihihi

Ok sekarang part menggoreng pula.
Mula2 dengan sedikit minyak goreng bawang belanda dan daun bawang. Goreng kejab & manja2 tau dan tabor sikit je garam.
Seteruskan goreng pula carrot dan sedikit garam. Goreng hingga lembut bukan lembek tau.
Kemudian kita goreng pula cili capsicum pun sama macam goreng carrot.
Last sekali kita goreng bahan perap tadi iaitu daging dan cendawan shitake. Masak sehingga daging bertukar warna dan lembut.

Mungkin ada yang akan tanya kenapa tak goreng semua sekali. Ok ok .. setiap bahan masa menggorengnya tak sama. Takut nanti ada yang over cook la atau terkeras pula.

Setiap kali lepas goreng susun kedalam mangkuk besar tadi dan ulang menggoreng bahan2 lain. Memang renyah tapi percaya la hasil dia memang sedap.
Bila semua dah bersatu dalam mangkuk besar tadi kita cincang seulas bawang putih, 1 sudu makan kicap soya, 1 sudu teh gula perang, ½ sudu teh black paper, 1 sudu teh minyak bijan, ½ sudu teh bijan panggang dan telur dadar hiris. Ahh part yang ditunggu-tunggu..kita gaulkan kesemuanya dan waktu ni kita boleh lah rasa apa yang kurang.
Alihkan kedalam pinggan atau mangkuk baru yang cantik-cantik dan tabur lagi bijan panggang. Siap dah kerja kita dan boleh makan!

Japchae ni sedap lebih kurang macam salad. Yang berdiet tu sesuai kot kalau makan japchae ni. Ada sayur ada daging dan rasa dia memang sedap..insyallah

Selamat mencuba .. Love you!

8 comments:

  1. Salam nak tanya, glass noodle tu awk beli di mana yaaa

    ReplyDelete
  2. wsalam .. glass noodle tu saya beli dekat Jaya Jusco Aplha Angel.

    ReplyDelete
  3. sorry sy nak tanya ia halal ker? maaf yerrr

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Kena tengok betul ii mee yng dipilih

      Delete
  5. Hi..kicap tu jenis ap yea?

    ReplyDelete
  6. Hi..kicap tu jenis ap yea?

    ReplyDelete
  7. Nk tanye kicap tu Jenis ape yee?

    ReplyDelete

Komen la .. Takpe Nanti Saya Baca

Resepi Bibimbap  Klik sini Assalam kawan-kawan Bila dah buat Bibimbap ramai pula yang menanyakan resepi Kimchi...