Kisah cuti saya dan suami ke Krabi, Thailand. Selalunya bab-bab
cuti ke Oversea ni saya serah bulat-bulat pada member tapi kali ni saya nak try
sendiri tapi melalui agensi. Disebabkan sebuk bekerja saya plan cuti ni bulan September. Fikir saya selalunya musim hujan hujung tahun kan!!
Pakej travel agensi ni tersangat murah satu kepala RM559.00.
Kenapa murah..sebab naik ETS! Dan kalau murah sure kita travel dengan group
yang ramaikan. Takpe lah kita gamble je!
Itinari Agensi
Hari Pertama
6.15am - berkumpul depan McD KL Sentral
6.45am – waktu ETS bergerak menuju ke Padang Besar.
Malam tu punya la excited bercampur takut..kalau boleh tak mahu
tidur.
Sebelum ni kami banyak berurusan melalui wassup jadi awal-awal
lagi wakil agensi dah pesan tunggu depat McD dan kami nyaris-nyaris kena tinggal
sebab menonong ikut group dari agensi lain…boleh!.
Nasib tak terlepas!
Lagi satu yang tak bestnya kami dapat seat terbalik dan aircondnya
pula sejuk gila. Bayangkan 6 jam perjalanan…pening weii.
Makanan dalam ets ni boleh tahan harganya sebekas meehoon goreng yang
tak berapa nak sedap dalam RM8.00 dan air panas kopi/cokelat lebih kurang RM3+.
Takpe lah sekali-sekali…
Dalam melayan view
terbalik tu kami lihat cuaca di negeri utara Perak dah mula mendung. Tunggu
masa nak hujan je dan bila masuk negeri Kedah..Phee.. hujan selebat-lebatnya
memanjang sampai ke Perlis. Memang tak best.
12.00pm - Sampai di sempadan Padang Besar.
Sepatut tiba pukul 12.00 tengahari tapi lewat hampir 45 minit
sebab hujan. Dekat stesen sempadan kami disambut tour guide..seorang lelaki
melayu tinggi kurus berjambang dengan suara sedikit tenggelam timbul, namanya
Musa.
Sampai dah
Bukan senang ye nak masuk negara orang lebih-lebih lagi bila
mengadap pegawai imegresen negara luar. Selalunya bila bercuti dengan kawan
semua benda mereka yang settelkan termasuk mengisi borang putih (borang
imegressen) tapi time ni budak musa tu tak cakap apa-apa pun.
Saya sekali lagi menonong ikut aje peserta lain.
Cuma musa ni pesan kalau pegawai tu tanya macam2 bagi saje duit
RM2. Yela tu…nasib ada orang Malaysia (bukan dari group ni) yang tolong dan
mula saat ni lah kami semua dah mula bosan dengan travel agnesi ni.
Dekat imegresen Sempadan Padang Besar
1.00pm - Bertolak ke Aonang, Krabi. Akan berhenti rehat di RNR
Trang untuk makan tengahari.
Memang lah pakej ni murah dan tiga van yang pihak agensi sediakan sangat
tak selesa langsung. Kenapa tak disewakan bas saje dari sempadan ke Krabi? Dah
sampai Krabi time berjalan tu baru naik van.
Tersangatlah seksanya perjalanan ni, kami terpaksa berhimpit dengan
beg-beg boleh tahan besar dari peserta lain selama hampir 8 jam (walaupun ada
berhenti rehat dan makan) sebab cuaca disana pun hujan juga. Plus dengan driver
van yang tidak reti berbahasa inggeris atau bahasa melayu. Tension sungguh!
Waktu ni mula saya terbayang macam-macam. Yang sedihnya trip ni
saya belanja suami sebab nak dia berihat dan jalan-jalan dekat negara orang.
Selama ni kalau saya ajak dia tak mahu tapi kali ni dia jadi ikut sebab saya
buat plan mengejut. Tu yang saya risau tapi syukur alhamdulillah dia enjoy
sikit pun tak merungut!
Kami tiba di Aonang hampir jam 9 malam (kalau ikut jadual tiba jam
6 petang)
Hari Kedua
8.15am hingga 8.45am - Van akan bawa kami ke pantai untuk aktiviti
Island Hopping.
Alhamdulillah hotel kami dekat dengan kedai makan orang melayu islam
jalan kaki 5 minit je. Sedap-sedap juga makanan disini atau sebab kami lapar hihihi..menu dia bertukar-tukar tapi yang saya nampak hari tu mereka ada nasi kerabu, nasi berlauk, nasi lemak dan roti canai.
Dan pagi ni rata-rata kami borak pasal kejadian semalam memang ramai yang tak puas hati. Takpa lah kalau asyik fikir negatif je..rugi pula duit!
Dan pagi ni rata-rata kami borak pasal kejadian semalam memang ramai yang tak puas hati. Takpa lah kalau asyik fikir negatif je..rugi pula duit!
Jarak hotel ke pantai tak jauh mana tapi bila lihat
langit…masyaallah, mendung kau! Tapi suami saya pula dah tak sabar nak naik bot
kayu siap terjoget-joget lagi sikit pun tak merungut..Allah hu!
Pulau pertama adalah pulau ayam. Ingat apa tadi rupanya ada satu
batu berupa kepala dan leher ayam kalau dilihat dari jauh. Kami berhenti dan
mandi-mandi kejab kat pulau ni.
Kemudian bot bawa kami ke tempat snorkeling pula. Alahai hujan
turun lebat gila la pulak, belum terjun tapi dah basah kuyup hihihi
dan bila hujan berhenti apa lagi masing-masing melompat ke laut
termasuk suami saya.
Kami enjoy sangat saat-saat tu dari satu pulau ke satu pulau kami
redahkan aje…hujan pun hujan lah
Jam 4.30pm kami balik kehotel. Ingat nak rehat-rehat tapi suami
ajak pergi makan pula dekat restoran Bangboo Halal Seafood yang tak jauh dari guest house kami lebih kurang 10 minit berjalan kaki.
Hari Ketiga
8.15am hingga 8.45am - Van akan bawa kami jalan-jalan ke dua-tiga
tempat.
Alhamdulillah hari ni lepas sarapan tempat pertama yang kami
singgah adalah Emerald Pool and Hotspring. Dari dalam van yang ada wifi ni kami
lihat cuaca memang mendung.
Emerald Pool and Hotspring
Apa yang best sangat tempat ni…rupanya nak ke pool ni kita kena
redah belukar yang cantik dulu dan jauhnya lebih kurang 15 – 20 minit berjalan
kaki. Dengar-dengar ada lagi kolam yang cantik, tapi nun jauh lagi..tak larat
weii!
Disebab group kami antara yang terawal jadi boleh la kami mandi
sakan dekat kolam ni termasuk suami saya. Dia ni sejenis yang suka laut dan
kolam jadi perkara-perkara lain macam hujan ke, tour guide yang hancus ke, van
yang sempit ke…dia buang jauh-jauh!
Elephant trekking
Lebih kurang 1 jam lebih kami pun gerak ke lokasi seterusnya
Elephant trekking. Tapi nak kesitu hujan turun lebat dan waktu ni juga la musa
buat perangai. Dia boleh tak tahu nak buat keputusan samada nak batalkan atau
nak teruskan. Sebab selain elephant trekking ni ada lagi tempat-tempat yang
kami kena pergi…Krabi city tour (Black crab/Nok awk/Gastropod shell fossil/ 7
heaven)
Akhirnya bila kami start merungut dia pun terus ke Elephant
trekking. Mula-mula tu kamel tak mahu naik..mati-mati dia tak nak. Puas dipujuk
akhirnya dia mengalah dan nak naik gajah ni pula kami kena bayar seorang dlm 450
baht. Walaupun pusingnya dekat-dekat situ juga lebih kurang 15 minit tapi
seronok.
Krabi city tour
Dan sebelum balik ke hotel kami singgah makan sambil beli ole-ole
dekat Krabi town night market.
Hari Keempat
7.00am hingga 8.am – Check out dari hotel menuju ke Hatyai
Disebabkan van yang disediakan muat-muat 12 orang plus dengan beg
yang makin bertambah, perjalanan balik kami jadi tension semula. Nak susun
beg-beg dan peserta pun makan masa. Jadinya kami sampai di Hatyai lewat dan
masa kami memang terhad.
Floating market
Kami tiba jam 2.30 petang dan masa yang diberikan hanya 1-2 jam
saje manakala Floating market pula start pukul 3. Kami tak dibawa langsung ke
Plaza market, Lee Garden Plaza seperti yang dijanjikan. Sedar-sedar tour guide
kami hilang entah kemana, dia boleh tinggalkan kami dengan driver van aje .. gila
kau!
Kat floating market ni banyak jual makanan-makanan mereka. Kami
try makan kuew teaw sup (sedap) dan Khanom krok sejenis pancake kelapa yang
berinti tiram…ya Allah sedap sangat!
Selain makanan atas bot kami try juga beli yang hok atas pasar
seperti pulut manga dan seafood goreng. Hok baby crab ni keras tapi ranggup
sampai luka-luka gusi saya hihihihi
Kesian pada peserta lain yang nak shopping barang-barang murah tu.. memang frust la
sebab tak dibawa kesana.
Jam 4 lebih kami gerak ke imegresen padang besar.
Jam 4 lebih kami gerak ke imegresen padang besar.
Pening-pening!
Dalam perjalanan tu suami saya pula tiba-tiba demam, siap muntah bagai. Sebabnya dia jenis tak tahan aircond dan mungkin makan macam-macam waktu dekat floating market tu.
Sesampai di rawang pihak ets telah sediakan bas untuk ke stesen Sungai buluh dan dari stesen ini kami
naik pula komuter dan turun di stesen KL Sentral.
Macam-macam ...
Kami sampai lewat pagi dan terus ke klinik 24 jam sebab tengok suami dah tak larat sangat. Alhamdulillah lepas setengah hari tidur, dia ok.
Saya baca komen-komen dalam group wassup dan hampir kesemuanya luahkan rasa tidak puas hati pada wakil travel agensi tersebut.
Nilah dia nak merasa sangat bercuti sendiri dan dapat pula syarikat travel yang kelaut dan rata-rata pekerjanya budak-budak. Dan for sure kita tak tahu perancangan Allah yang mana Dia turunkan hujan awal dari selalu.
Insyaallah mungkin saya pergi semula tapi dengan member2 yang biasa tu. Kena tahan telinga juga la kena perli dengan mereka hihihihihi
Terima kasih ye baca catatan saya ni...I love you!
Macam-macam ...
Kami sampai lewat pagi dan terus ke klinik 24 jam sebab tengok suami dah tak larat sangat. Alhamdulillah lepas setengah hari tidur, dia ok.
Saya baca komen-komen dalam group wassup dan hampir kesemuanya luahkan rasa tidak puas hati pada wakil travel agensi tersebut.
Nilah dia nak merasa sangat bercuti sendiri dan dapat pula syarikat travel yang kelaut dan rata-rata pekerjanya budak-budak. Dan for sure kita tak tahu perancangan Allah yang mana Dia turunkan hujan awal dari selalu.
Insyaallah mungkin saya pergi semula tapi dengan member2 yang biasa tu. Kena tahan telinga juga la kena perli dengan mereka hihihihihi
Terima kasih ye baca catatan saya ni...I love you!
No comments:
Post a Comment
Komen la .. Takpe Nanti Saya Baca