Tuesday, 12 June 2018

Resepi Butter Chicken


Assalam kesayangan semua
saya nak share resepi ni sebab saya try buat bulan puasa hari tu dan suami kata sedap (memanjang sedap ye!)

Resepi ni simple je budak-budak pun boleh buat
Jom kita tengok bahan-bahan dia

Butter Chicken

Isi ayam dibersihkan dan dipotong cube
½ sudu kecil serbuk kunyit
½ sudu kecil serbuk kari daging
2-3 sudu makan tepung jagung
Sedikit garam

Gaul dan perap seketika kemudian goreng hingga garing.
Didalam kuali pan panaskan

Butter (butter ni dibahagikan kepada 3 potongan dan saya gunakan sepotong atau ikut berapa banyak isi ayam goreng tu)

Setelah butter tu mencair masukkan

2-3 ulas bawang putih yang telah dicincang bersama daun kari.
Apabila bawang putih sudah kekuningan masukkan
½ tin susu cair, ayam yang telah digoreng dan sepeket cheese.
Akhir sekali taburkan hirisan cili padi.
Masak seketika suaikan rasa dan tutup api.

Ya Allah sedapnya kalau makan dengan nasi panas dan ulam Zucchini atau timun zukini.

Selamat mencuba !!

No comments:

Post a Comment

Komen la .. Takpe Nanti Saya Baca

Cuba la Resepi Kimchi Saya yang simple ni

Assalam sahabat-sahabat semua, Emm...disebabkan saya dah buat Bibimbap Klik sini , ramai pula yang menanyakan resepi ki...