Monday, 15 December 2014

Resepi Mee Kari Simple


Assalamualaikum semua..

Kali ni saya nak share resepi mee kari yang sangat simple, orang kate mee kari orang bujang. Resepi ni sangat simple tapi memandangkan saya ni jenis pelupa dan jarang memasak jadi saya suke nak share dalam blog ni ... agar mudah ingat bila ade orang tetiba nak datang rumah atau bila kamel nak makan nanti.

Ada jugak yang suke buat muka Tejut dan buat2 kerut kening bila saya share resepi ni sebab mereka kate "Tak tumis bawang..cili ke", so jom kite tengok dan try resepi ni. 

Bahan-bahannye ..


Ok..saya guna rempah kari Baba's sebab nak pedas kemudian saya boh sikit serbuk cili kalau nak extra pedas la. Tapi bahan atau pelakon utama kalau takde mesti kurang kick, udang kering!...wajib tu.

Resepi ni tuk 3-6 orang makan tau..

Sebatang kayu manis
Minyak untuk menumis (elok lebih sikit sebab nak tumis kari + ayam nanti)
5-7 sudu makan serbuk kari ayam Baba's (lebih kurang 4-6 paket kot)
1 sudu teh serbuk cili Baba's
Udang kering 3-4 sudu makan (bersih dan rendam kejab agar senang nak tumbuk nanti)
Santan dari 3 biji kelapa


Macam ni la rupa bila serbuk kari, serbuk cili disatukan dengan sedikit air. Udang kering tadi bila dah lembut toskan airnya dan tumbuk, tumbuk manja aje tak perlu la hancur sangat. Yang santan tu saya perah kelapanye dan dapat la dalam 2 mangkuk sederhana besar. Agak2 korang nak pekat atau cair kuah kari tu nanti.

1. Step pertama


Panaskan minyak kemudian tumis kayu manis dan rempah tadi lebih kurang 2-3 minit pastu masukkan udang kering, masak ni guna api sederhana tau takut rempah tu hangus. Dah agak2 pecah minyak masukkan ayam dan teruskan aktiviti ni sehingga ayam2 tu kecut.

2. Step seterusnya


Bila kite tengok ayam tu dah mula mengecut masukkan sedikit aje air lebih kurang 1/2 cawan. Masak sekejab dan setelah tu baru masukkan santan dan bahan2 lain macam fish ball ke, fish cake ke. Kalau dah rasa Confident kuah tu ala-ala jadi, guna api sederhana masak lagi sehingga kuah tu pekat sedikit dan suai rasa. Senang & simple je kan.

3. Step akhir


Ini lah dia 'pelakon2' extra yang akan memeriahkan lagi mee kari saya. Macam sawi dan taugeh tu saya celur aje, telur dan bawang goreng pulak wajib sebab kamel suka manakala cecili dan limau kasturi tu terpulang, ikut selera. Resepi saya ni memang tak 'jemput' pun isi kerang ataupun udang, jadi simple sangat lah. Untuk para2 penggemar mee kari, saya ucapkan selamat mencuba...Love You :) 


No comments:

Post a Comment

Komen la .. Takpe Nanti Saya Baca

Resepi Bibimbap  Klik sini Assalam kawan-kawan Bila dah buat Bibimbap ramai pula yang menanyakan resepi Kimchi...