Pada 30/01/2015 hingga 04/02/2015 saya holiday ke Korea. Suhu waktu itu dalam - 4 dah kalau kata (-) negatif tu paham2 aje lah. walaupun saljinya dah tiada tapi angin sejuk tersangat la melampau bagi kami. Sajian Sundubu Jjigae menjadi favorites sebab boleh panaskan badan...katanye. Jadi saya cuba, harga semangkuk dolsot tu lebih kurang rm33.00 ataupun 10 won.
(sepanjang jalan kat pasar disane saya nampak banyak hidangan ni)
Disana kalau tak melawat kelas2 buat Kimchi memang tak sah. Jadi pada hari terakhir holiday, kami gigih juga cari sekolah masak kimchi. Diakhir kelas, kimchi yang kami buat tu dibungkus elok2 dan boleh la dibawa balik dan selepas 3 hari baru boleh makan, kate teacher atau seon saeng nim.
Me & my friends .. John & Elena. Ni la dia geng holiday saya. Zirafah, Gajah & Kancil :D
Balik Malaysia saya tak renti2 google resepi sundubu jjigae (punya la terpengaruh). Akhirnya terjumpa juga resepi ni dan bahan2nya mudah pula didapati lebih2 lagi dekat supermarket Cold Storage. Supermarket lain payah nak jumpa so rajin2 kesana kalau nak try resepi ni ok :D
SUNDUBU JJIGAE + SEAFOOD
Resepi ni lebih kurang untuk 4 orang makan
1 mangkuk kecil daging atau isi ayam (dipotong sederhana)
1 mangkuk kecil cendawan shitake (dibelah 4)
1 mangkuk kecil zucchini (dipotong bulat)
1 mangkuk kecil kimchi (dipotong kecil)
1 mangkuk kecil bawang belanda / holand
1 mangkuk kecil isi tiram
1/2 kilo kepah (terpulang nak banyak mana)
1 paket tauhu lembut
2 ulas bawang putih (dicincang untuk tumis)
Sedikit halia (dicincang)
1/2 biji bawang belanda / holand (dicincang untuk tumis)
2 sudu besar Red Pepper Powder atau cili Gochugaru
2 sudu makan sos ikan
1 sudu makan minyak bijan
cili merah & cili hijau
serbuk lada hitam
daun bawang
garam
minyak untuk masak
Perkara pertama yang kena buat, kita siang bahan2 seperti cendawan, zucchini & the geng kepada saiz2 yang muat2 mulut dan saya saje tambah cili api supaya lebih pedas!
Ape lagi .. itu je kot!
Cara nak masak pun agak mudah..
1. Kita tumis bawang putih dan bawang belanda hingga lembut. Agak2 dah bertukar warna masukkan isi ayam atau daging. masak hingga keluar air.
2. Waktu ni boleh lah masukkan red pepper powder tadi. gaulkan kesemuanya dan ingat guna api sederhana tau takut hangus.
3. Kemudian masukkan kimchi dan cendawan. masak lebih kurang seminit dua lagi.
4. Bila masakkan tadi berbau sedap boleh la masukkan stok ikan bilis. Guna api besar dan masak hingga kuah mendidih.
5. Bila kuah mendidih masukkan sos gochujang, zucchini, bawang belanda, isi tiram dan tauhu lembut atau soft tofu. Tauhu ni diScoop besar2 tau, bukan apa takut kalau kecik2 sangat nanti cepat hancur.
6. Jangan lupa masukkan sedikit garam, sos ikan dan minyak bijan.
7. Step akhir kita masukkan kepah dan lada hitam. suai rasa dan masak 2 minit, tutup api.
8. Seelok2nya kalau nak ikut cara betul orang korea memasak, mereka mengunakan Dolsot sejenis periuk tanah. Jadi bila kuah dah betul2 mendidih mereka akan pecahkan telur diatasnye. Telur kuning tu dibiarkan cair.
Macam sekejab sangat saya bercerita sebab selalunya saya uploadkan gambar (step by step) tapi untuk resepi ni saya jadi over excited so terlupa la jadinya, tahu2 aje dah siap.
So pada siapa2 dah biasa masak sundubu jjigae ni harap2 boleh tukar2 resepi. bukan apa saya takut perasan mentang2 baru balik dari korea, asyik nak share resepi korea aje :D
1/2 biji bawang belanda / holand (dicincang untuk tumis)
2 sudu besar Red Pepper Powder atau cili Gochugaru
(serbuk cili ni banyak digunakan dalam masakkan korea dan salah satu bahan dalam membuat kimchi. Boh la 10 sudu pun tak pedas mane)
2 sudu besar cili Gochujang
2 mangkuk besar stok ikan bilis maggie (saya suke kuah banyak...macam itik)2 sudu makan sos ikan
1 sudu makan minyak bijan
cili merah & cili hijau
serbuk lada hitam
daun bawang
garam
minyak untuk masak
minta maaf la saya tak pandai nak ambil gambar
Perkara pertama yang kena buat, kita siang bahan2 seperti cendawan, zucchini & the geng kepada saiz2 yang muat2 mulut dan saya saje tambah cili api supaya lebih pedas!
Ape lagi .. itu je kot!
Cara nak masak pun agak mudah..
1. Kita tumis bawang putih dan bawang belanda hingga lembut. Agak2 dah bertukar warna masukkan isi ayam atau daging. masak hingga keluar air.
2. Waktu ni boleh lah masukkan red pepper powder tadi. gaulkan kesemuanya dan ingat guna api sederhana tau takut hangus.
3. Kemudian masukkan kimchi dan cendawan. masak lebih kurang seminit dua lagi.
4. Bila masakkan tadi berbau sedap boleh la masukkan stok ikan bilis. Guna api besar dan masak hingga kuah mendidih.
5. Bila kuah mendidih masukkan sos gochujang, zucchini, bawang belanda, isi tiram dan tauhu lembut atau soft tofu. Tauhu ni diScoop besar2 tau, bukan apa takut kalau kecik2 sangat nanti cepat hancur.
6. Jangan lupa masukkan sedikit garam, sos ikan dan minyak bijan.
7. Step akhir kita masukkan kepah dan lada hitam. suai rasa dan masak 2 minit, tutup api.
8. Seelok2nya kalau nak ikut cara betul orang korea memasak, mereka mengunakan Dolsot sejenis periuk tanah. Jadi bila kuah dah betul2 mendidih mereka akan pecahkan telur diatasnye. Telur kuning tu dibiarkan cair.
(nampak sedapkan)
9. sebelum hidang taburkan daun bawang dan cili potong.
the end
Macam sekejab sangat saya bercerita sebab selalunya saya uploadkan gambar (step by step) tapi untuk resepi ni saya jadi over excited so terlupa la jadinya, tahu2 aje dah siap.
So pada siapa2 dah biasa masak sundubu jjigae ni harap2 boleh tukar2 resepi. bukan apa saya takut perasan mentang2 baru balik dari korea, asyik nak share resepi korea aje :D
So ini dia rupanya sundubu jjigae yang saya buat. Saya harap anda semua enjoy dengan resepi sundubu jjigae ni.
kimchi , sos gochujang , zucchini awak beli kat mana yaa ?
ReplyDeleteassalam awak, saya beli di supermarket cold storage. ada tu saya terjumpa di supermarket JJ @ Aeon. isyaallah kalau rajin saya nak buat kimchi pula tapi tak tahu bila. minta doakan saya rajin iye. terima kasih sbb try resepi saya. love you!
ReplyDeleteAssalamualaikum akak. Mcm mana nak buat kimchi ye?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalam adik .. hihihi. soalan yg akak memang harap orang tak tanye. walaupun dah belajar waktu cuti2 korea dulu tapi sampai sekarang akak tak buat2 lagi. bukan aje adik yang tanye...suami akak pun sebuk suruh buat sebab dia suka makan kimchi kalau kami makan kat kedai korea. jadi akak mintak ampun banyak2 sebab tak dapat nak tolong adik. insyaallah akak try buat dan share dalam blog ni ye. sori, love you!
ReplyDeletesaya mjual kimchi..homemade..
ReplyDeletewhatsup klu bminat..0122665043..fatiha
DeletePm 0122919154
DeletePm 0122919154
Deletepm 0134046979
Delete