Wednesday 25 January 2017

Cuba la Resepi Kimchi Saya yang simple ni


Resepi Bibimbap Klik sini

Assalam kawan-kawan

Bila dah buat Bibimbap ramai pula yang menanyakan resepi Kimchi. Baik lah disini saya sharekan resepi yang saya kira mudah, senang dan sedap sangat (perasan)

Ada sesetengah bahan-bahan ni saya beli di Mini Market Korea dekat Ampang Hilir. Saya ambil kesempatan la borak-borak dengan casher korea tu cara yang betul nak buat kimchi .. tapi tu lah macam ayam dan itik rasanya..

Kalau ada rasa lain macam tu minta maap la ye hihihi

Ada sesiapa yang berminat nak gunakan resepi saya untuk berniaga !!..saya persilakan. Kalau ada orang korea yang order (kira dah berjaya la tu) jangan lupa saya ye hihihi
 
Step pertama, belah 2 kobis dan potongkan kepada kepingan selebar 2 cm dan panjangnya lebih kurang 6 cm. Dah siap, masukkan kedalam mangkuk besar.

Kemudian bancuhkan campurkan 1 1/2 cawan air bersih dan 5 sudu besar garam. Setelah tu curahkan kedalam mangkuk berisi kobis tadi dan biarkan selama 10 minit atau 1/2 jam. Proses ni untuk lembutkan dan supaya kobis tu kenyal kot!

Sekarang ni pula bahan-bahan untuk paste kimchi. Sukatan saya ni untuk kobis yang sederhana besar tau.
Didalam mangkuk berasingan isikan :

4-5 sudu makan Serbuk Cili Gochugaru
1 biji Fuji Apple atau Pear
1-2 Sudu makan Gula Pasir
4-5 sudu makan Sos Ikan
8 ulas Bawang Putih di cincang halus (boleh dikurangkan)
1 cm Halia di cincang halus
1 biji Cili Merah
3-4 Helai Daun Bawang
Sedikit Bijan

* Apple Fuji atau Pear dan Daun Bawang tu di potong memanjang ala-ala batang mancis.

Jom kita buat kimchi :

1. Setelah kobis tadi mengecut, cuci bersih seelok-eloknya 2-3 kali dan toskan betul-betul airnya. Waktu ni kita boleh lah koyakkan sedikit kobis tu untuk rasa masinnya.

2. Senang saje, lepas siapkan bahan paste tu kita gaulkan kesemuanya. Jangan lupa rasa sedikit dulu ye, biar sesuai dengan selera kita. Kimchi ni sepatutnya ada rasa masin, pedas dan manis. Kalau sukatan saya tu agak pedas boleh kurangkan tau.
3. Kemudian boleh la dilumurkan pada kobis tadi sehingga rata. Saya guna sarung tangan transparent ni sebab nakkan ianya betul-betul rasa pada kobis tu. Urut tu pula biar perlahan-lahan takut terkoyak pulak hihihi
4. Bila dah puashati dengan hasil Gomoi tadi kita penuhkan bekas bersih dan tutup rapat-rapat supaya tidak terdedah pada udara. Saya biarkan sebentar bekas ni di luar kemudian simpan ke dalam peti sejuk.

Resepi saya ni dah boleh dimakan terus. Tapi kalau kita simpan 2-3 hari sehingga airnya keluar lagi sedap.

Stori sikit

Waktu belajar buat benda alah ni dekat korea hari tu resepi cikgu putih gebu tu lain pulak. Saya tak ingat sukatan dia tapi bahan-bahannya memang tak sama.
Bahan-bahan lain
(Kobis Napa korea selalunya gemuk-gemuk berbeza dengan kobis cina)
Garam, air, lobak putih, daun bawang, bawang putih cincang,
serbuk cili Gochugaru, gula, bijan, sos ikan, 
cencaluk korea atau Saeujeot
bancuhan tepung beras atau Chanpssalgaru

Caranya lebih kurang sama dan cikgu tu pesan kimchi ni boleh dimakan selepas 3 hari. Jadi lepas 3 hari (waktu tu saya dah balik Malaysia) saya pun try makan. Memang tahan lama dan sedap.

Untuk peminat setia kimchi saya minta maaf la kalau-kalau resepi ni tak sedap seperti yang diharapkan tau. Nanti kalau ada masa kita try resepi korea lain pula.

Kalau ye pun sedap sangat kimchi hakak ni, jangan la buat muka camni dek ..

Saranghae...Love you

20 comments:

  1. Salam,
    recipe ni xde guna tepung utk buat paste tu ke? ada yg sy tgk, either guna tpg pulut/beras. Cari punye cari, jmpe lak awk punya ..mcm xde gna tepung la pulak..lg confius nih..huhu

    ReplyDelete
  2. Assalam ina..sebenarnya resepi ni sesuai kita panggil Kimchi Sempoi. Resepi ni memang sangat simple dan saya jumpa resepi dari blogger korea yang memang boleh percaya. Untuk resepi ni dia memang skip bancuhan tepung sebab kebetulan dia bercuti diluar Negara. Kalau ikut resepi yang betul mereka tak guna kobis2 biasa ni mereka hanya guna kobis Napa jadi bila berada di luar korea dia main tibia aje.
    “It’s faster and easier because I skip the porridge-making step. I use common cabbage instead of Napa Cabbage’. Why? Because this is an emergency!
    Most people know that traditional, authentic kimchi is made with napa cabbage. While I travel, I sometime see napa cabbage sold at local markets, but it’s not available in many countries. So when I want kimchi when I travel I make it with common cabbage”.
    Saya harap ina jelas dengan penjelasan saya tau..takpa kita try aje resepi yang mana2 kita rasa nak cuba. Kalau resepi yang boh tepung tu sedap kira kita dah berjaya buat la tu sama juga dengan resepi saya hihihihihi
    Terima kasih ina sebab jenguk2 blog saya ni
    Love you!

    ReplyDelete
  3. Biasanya,kimchi ni boleh tahan berapa lama ye..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam .. kalau betul cara buatnya dan simpang didalam bekas yang bagus ada yang sampai setahun. Pengalaman saya bila bawa balik kimchi yang saya buat sendiri di korea hari tu lebih kurang setahun. Sebab makan sikit2...sayang!
      Kalau kita google ada yang cakap mcm ni "Your kimchi will continue to age in your refrigerator and will be delicious for up to 12 months or even longer as long as you keep in cool temperature and away from oxygen". Hahh mcmtu lah ceritanya. Resepi kimchi saya ni yang paling simple dan dibuat utk seminggu je sebab..sebab kami memang suka makan hihihi
      Terima Kasih sebab sudi menanya dan harap ianya membantu ok
      Love you!

      Delete
  4. Salam sis.. Nanti share lah resepi rice cake sekali.. Hehe.. Thank you in advance ♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam ain..ok nanti kita cuba ye. Kam sa hae yo!
      Love you!

      Delete
  5. Saya dah try buat , sedap. Menyesal buat sikit je , dah kena buat lagi sekali hehehe 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam adik .. yeke. memang la kene buat sikit dulu dah konfiden baru buat lebih. kalau ada yang kurang tu adik pandai2 la tambah tau. janji rasa pedas, masin, manis tu ada hihihi. terima kasih sesangat sbb try resepi akak.
      Love you!

      Delete
  6. terima kasih resepi, akak dah buat sedap. nak buat pun mudah jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam .. yeke alhamdulillah terharu. Terima kasih sebab cuba resepi kimchi simple saya ni. Maaf kalau ada yang kurang ye. Love you!

      Delete
  7. As salam
    Boleh sy tanya,klu xdpt beli cili korea tu boleh ke ganti dgn serbuk cili biasa?
    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah sori baru perasan soalan awak .. ok setakat ni saya memang guna cili gochugaru saje sy belum cuba guna serbuk cili biasa. Saya rasa cili serbuk biasa ni tahap pedas tu lebih sikit kot. Yang cili Korea ni kurang pedas. Takpe kita cuba buat dua2 mane tahu sedap juga!
      By dway terima kasih ye sebab nak cuba resepi saya.

      Delete
  8. As salam akk..blh tak klau tk pakai sos ikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam adik..yang itu akak tak berani Kalau tak pakai sebab kebanyakkan resepi korea ni mereka suka letak sos ikan dalam masakkan dorg. Dan sos ikan dorg ni ada macam2!
      Kalau adik makan digerai2 atau restoran kebanyakkan tukang masak memang letak sikit sos ikan sebagai perasa.
      Sos atau kicap ikan ni adik boleh beli dekat mana2 pasaraya.
      Harap jawapan akan ni membantu ye.
      Love you!

      Delete
    2. Salam sis mna blh dpt cili gochugaru tu.. kedai biasa blh dpt ka?

      Delete
  9. Boleh ke kita tukar daun bwg kpd daun kucai? Hihi

    ReplyDelete
  10. Salam... Nk tnye klo kte dh wt tp terlupa nk letak tepung beras... Ok ke???

    ReplyDelete
  11. Serbuk cili gocheru tu blh beli kt mn ya

    ReplyDelete
  12. Dlm online ad jual,sy prnh beli..dlm shopee..jenama ommason..

    ReplyDelete

Komen la .. Takpe Nanti Saya Baca

Resepi Bibimbap  Klik sini Assalam kawan-kawan Bila dah buat Bibimbap ramai pula yang menanyakan resepi Kimchi...