Assalam semua
Saya ni tak pandai masak tau..kalau time
rajin nak masak tu mula la saya sibuk goggle atau tanya member2.
Selalunya setiap sabtu suami saya kerja,
jadi setiap2 jumaat, suami akan tanya “besok nak masak apa”. Bab ni la
yang paling saya tak nak dengar. Saya paham dia takut saya tak makan nanti!
Saya ni tak reti nak bawa kereta mahupun basikal jadi kalau la takde barang
yang nak dimasak kat rumah macamana?
Pusing punya pusing dekat Giant, bukit
antarabangsa ni tetiba saya teringat resepi sosej masak paprik yang saya reka ritu. Sedap juga sebab sosej ni dah memang ada rasa tersendiri jadi tak ambil masa lama la untuk kita masak.
Jadi saya share la resepi ni untuk diri sendiri dan korang semua. Jangan risau gerenti sedap punye!
Jadi saya share la resepi ni untuk diri sendiri dan korang semua. Jangan risau gerenti sedap punye!
Ok … jom kita masak sama2
2 ulas bawang putih (saya hiris)
1 biji bawang belanda (saya hiris)
4-6 biji api (saya patah2kan aje)
2-3 helai daun limau purut
Sebatang serai (saya ketuk2 je)
2-3 sudu makan cili kisar
2 sudu makan cili sos
2 sudu makan tomato sos
1 sudu makan sos tiram
Brokoli
Bunga kobis
Karot (saya potong memanjang macam
batang mancis)
1-2 cawan air
Sedikit kicap pekat (kalau nak paprik ni color gelap sikit)
Sedikit tepung jagung (nak pekatkan
kuah)
Cara2nya
1. Panaskan minyak dan tumis bawang
putih dan bawang belanda hingga layu. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis
sehingga pecah minyak dan diikuti dengan kicap tiram, sos cili dan sos tomato. Agak2 dah masak...
2. Masukkan air, serai, cili api, karot,
bunga kobis dan sosej. Masak hingga kuah mendidih. Kemudian masukkan brokoli
dan bancuhan air tepung jagung. Masak sekejab sebab tak mahu brokoli tu lembut sangat.
3. Akhir sekali suai rasa dan taburkan
daun limau purut.
Saya masak ikut hati je..andai kata resepi ni tak berapa nak sedap, maaf tau. Misal kata korang ada idea lagi best..share2 la dengan saya ye!
Selamat mencuba. I love you!
Selamat mencuba. I love you!
No comments:
Post a Comment
Komen la .. Takpe Nanti Saya Baca