.
Thursday, 17 December 2020
Sup Rumpai Laut atau Seaweed Sup atau nama koreanya Miyeok Guk
Tuesday, 8 December 2020
Sardine tin masak kari stail saya
Monday, 7 December 2020
HARUMA dah tiada
Haruma Miura
Pada peminat drama atau movie Japan tentu ada yang kenal. Banyak juga drama dan movie yang dibintangi salah satu nya Koizora, Gokusen 3, Attack On Titan dan banyak lagi. Selain itu haruma juga aktif dalam theater dan yang paling popular dan menjadi kontrovesi adalah theater Kinki Boots. Dia menjadi Drag Queen Japan terpaling cantik dalam siri kinki boots yang diasaskan oleh Cindy Lauper. Dia juga boleh menyanyi dan menari dengan baik.
Pada 18 Julai 2020 jam 2.00 petang pihak agensi Amuse telah mengumumkan berita yang tidak mahu didengar oleh peminat, keluarga, sahabat atau sesiapa saje yang mengenali haruma iaitu berita kematian. Berita tersebut menjadi trending di Twitter dan menjadi sebahagian peminat haruma dari seluruh dunia, saya juga berasa terkejut dan sedih.
Haruma mati dengan mengantung diri di almari menggunakan tali surfboard kesukaan dia. Bermacam cerita yang saya baca di internet antaranya dia dikatakan murung kerana masalah kewangan yang melibatkan ibu tersayang. Ibu haruma sangat boros berbelanja. Juga tentang Bapa yang setelah sekian lama terpisah juga menuntut wang darinya. Bapa tiri haruma juga mempunyai hutang dengan ahli kongsi gelap.
Akan tetapi berita kematian itu menjadi buah mulut kerana siasatan polis sangat sederhana dan tiada laporan dari pihak hospital. Upacara pembakaran pun hanya dihadiri oleh orang terdekat yang nama mereka telah dirahsiakan dan yang pelik lagi ibu haruma tiada di upacara tersebut. Pihak media disana juga seolah-olah tertutup dan dikawal oleh sesuatu. Berita kematian haruma juga hanya dilaporkan sehari sahaja dan tiada temuramah dengan sesiapa sedangkan dia mempunyai ramai sahabat dan peminat. Dia mati begitu sahaja.
Ada yang mengaitkan punca kematian haruma dengan politik. Ini disebabkan haruma tidak puas hati setelah mengetahui wang hasil dari konsert kebajikan (ACT Againts Aids) untuk hospital di Laos telah disalahguna oleh badan politik disana. Haruma telah berkali-kali mengancam untuk menyebarkan nama-nama mereka yang terlibat.
Haruma dikhabarkan hilang pada 17 Julai 2020 (sukar dihubungi) dan mati keesokkan harinya. Ada yang mengatakan dia telah didera teruk dan pada hari kejadian mereka (geng yakuza) membawa dia pulang kerumah dah mengantungnya seolah2 haruma bunuh diri.
Ramai peminat di jepun tidak puas hati dan mereka percaya Haruma telah dibunuh kerana banyak maklumat bercanggah seperti report awal polis mengatakan ada nota bunuh diri, ada juga mengatakan haruma menulis keinginannya untuk membunuh diri di Laptop beribadinya. Tetapi berberapa hari kemudian pihak polis menidakkan kesemua berita tersebut. Pihak agensi Amuse juga tidak memberi kerjasama apabila mereka ditanya oleh peminat dari seluruh dunia sehingga ada perbalahan di Twitter, malah pihak agensi juga tidak teragak2 untuk mengeluarkan saman.
Tarikh 18 Julai adalah tarikh sepatutnya haruma menyambung kontrak dengan agensi tetapi dia dijumpai mati. Haruma telah merancang lama untuk keluar dari agensi dan memulakan kehidupan baru. Antaranya dia telah pun membeli motor berkuasa tinggi untuk travel merata japan. Dia juga merancang untuk membuka syarikat sendiri dan memulakan biz kecil-kecilan bersama sahabat2 di kampung halaman (Ibaraki).
Lahir pada 05 April 1990, dia antara aktor muda yang sangat terkenal kerana sangat berbakat, kacak, berbudi bahasa, rajin belajar dan kuat bekerja dan baru melancarkan buku Documentary PHOTO BOOK 2019-2020 pada ulang tahun dia yang ke 30. Sebelum dia pergi, haruma sempat merakamkan lagu dan muzik video yang sangat bermakna buat peminatnya. Mula berlakon seawal umur 7 tahun dan sudah tentu dia ingin bebas...
Kini haruma telah terbang pergi selamanya. Sayonara, moga kematian kamu mendapat pembelaan.
Petikan dari movie Koizora the sky of love (Haruma pegang watak Hiro, pengidap kanser yang akhirnya meninggal dunia)
Hiro - Where do human go after they die?
Mika - Heaven
Hiro - I want to be the sky. So I always know where you are.
Mika - Like a stalker.
( Hiro smile)
Mika - CLEAR SKIES WILL MEAN YOU ARE HAPPY. RAIN WILL MEAN YOU'RE CRYING, SUNSET MEANS YOU ARE EMBARRASSED. NIGHT WILL MEAN YOU ARE GENTLY HOLDING ME.
Ayam Goreng Sos Tiram Tersedap
Saturday, 5 December 2020
covid-19
Assalamualaikum dan Alhamdulillah kita diberi kesihatan yang baik untuk teruskan kehidupan.
2020 ni tahun dugaan bermacam perkara yang berlaku. itu semua ujian untuk kita. Sedikit hari lagi kita akan memasuki 2021. Semoga virus ini cepat berlalu pergi.
Monday, 23 July 2018
Sup Ayam Cendawan Shitake & Cendawan Telinga Kera
2 sudu makan minyak bijan
Cara-Cara
Selamat mencuba...Love you!
Tuesday, 12 June 2018
Resepi Butter Chicken
Resepi Bibimbap Klik sini Assalam kawan-kawan Bila dah buat Bibimbap ramai pula yang menanyakan resepi Kimchi...
-
안녕하세 요 Annyeonghaseyo Bibimbap merupakan makanan rasmi bagi rakyat Korea. Macam kita sure la Nasi Lemak lauk ayam, sambal sotong dan t...
-
Assalam sahabat-sahabat semua, Hari ni saya nak share satu lagi resepi orang Korea, Japchae. Resepi ni simple aje...
-
Resepi Bibimbap Klik sini Assalam kawan-kawan Bila dah buat Bibimbap ramai pula yang menanyakan resepi Kimchi...